Buletin

APA? PROTON IRIZ R5? PERODUA NAK BERLUMBA? INI PULA VW POLO GTI R5

Sejak pelancaran Perodua Myvi pada Khamis lalu, scene perlumbaan semakin hangat. Proton menyiarkan iklan satu muka surat penuh tentang kejayaan dalam Perlumbaan Sepang 1000 km (S1K). Sebelum itu lagi nama Proton juga hangat apabila Mellors Elliot Motorsports (MEM) menyediakan Iriz R5 dengan gambar yang tular dalam media sosial.

Kini lebih hangat apabila terdapat ura-ura mengatakan Perodua bakal kembali ke dalam sukan permotoran. Apa pun, kereta rali spesifikasi R5 memang lebih mesra bajet dan banyak digunakan dalam rali kebangsaan seperti Skodia Fabia R5 dan Mitsubishi Mirage R5.

Di peringkat Kejohanan Rali Dunia (WRC), Volkswagen telah menarik diri pada musim ini. Walaupun Polo WRC yang digunakan masih kompetitif tetapi casisnya sudah lama dan tahun ini Volkswagen telah melancarkan model pengganti kereta bandar tersebut.

Lebih hangat apabila Polo GTI baharu bukan lagi berkuasa sederhana tetapi sudah memasuki sempadan Golf GTI. Nampaknya istirehat VW dalam arena rali antarabangsa bakal tamat tidak lama lagi apabila mereka sedang mempersiapkan Polo GTI R5.

VW Polo GTI 2017

Pada separuh kedua tahun 2018, Volkswagen menawarkan Polo GTI R5 berkuasa 270 hp buat pasukan profesional dan pemandu  untuk bersaing dalam kejohanan di seluruh dunia termasuk WRC.

Sebagai permulaan, VW tampil dengan lakaran ini dahulu. Walaupun Polo GTI belum lagi dilancarkan, pembangunan Polo GTI R5 telah bermula sejak awal tahun 2017 dengan ujian awal dirancang pada tahun ini juga.

Kereta ini dibangunkan berdasarkan pengalaman kejayaan dalam WRC termasuk penglibatan ‘otai’ François-Xavier “FX” Demaison yang merupakan Pengarah Teknikal Volkswagen Motorsport dan juga bapa kejayaan Polo R WRC.

VW POLO TROPHY - RM89,888
VW POLO TROPHY

Seorang lagi tokoh berpengalaman iaitu Gerard-Jan de Jongh juga dibawa masuk sebagai Jurutera Projek Kanan. Beliau sebelum ini adalah jurutera perlumbaan Sébastien Ogier yang menjuarai gelaran pemandu WRC bersama Volkswagen sebanyak empat kali berturut-turut.

Seperti seperti model produksi Polo GTI yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini, Polo GTI R5 mempunyai enjin turbo empat silinder suntikan terus. Ciri-ciri lain ialah pacuan empat roda, transmisi lima kelajuan sequential perlumbaan serta pakej keselamatan komprehensif, mengikut standard kategori R5 yang mula diperkenalkan FIA pada tahun 2012.

Kategori R5 telah memberikan peluang kepada pelumba persendirian dan pasukan rali untuk bertanding dalam rali kebangsaan, serantau dan antarabangsa dengan kos lebih rendah tetapi berkuasa tinggi.

BACA: VOLKSWAGEN SEDANG UJI PROTOTAIP POLO R 300BHP – SUPERMINI BARU?

BACA: VW POLO GTI 2018 – DARI 1.4 KE 1.8 KINI DENGAN 2.0 TSI!

Google ads
Back to top button