Motosikal

KTM RC 390 R – BOLEH BERTUKAR MENJADI JENTERA LUMBA DENGAN KIT SSP300

KTM baru sahaja memperkenalkan versi RC 390 R, jentera edisi terhad yang sedia untuk berlumba dalam pertandingan Supersport 300 apabila ia dipasang dengan Ki Perlumbaan SSP300 yang hadir sebagai pilihan.

Versi R baharu itu terhad kepada 500 unit sahaja. Bagi menjadikannya lebih istimewa, jentera tersebut didatangkan bersama satu rangkaian naik taraf perkakasan bagi membolehkannya bersaing di atas litar secara kompetitif.

Apabila sudah jadi motosikal lumba dengan kit hendal yang agresif dan sebagainya, pasti aspek keselesaan terpaksa dikorbankan. Namun, kekurangan itu mungkin tidak dipedulikan oleh kaki lumba kerana RC 390 R turut dilengkapo tuil brek dan klac boleh lipat daripada CNC.

Kedua-dua komponen tersebut menawarkan maklum balas lebih tepat dan selamat kepada penungang. Ia juga boleh dilaras, sama seperi posisi bar hendal untuk memberi posisi tunggangan yang terbaik.

Secara mekanikalnya, RC 390 R dipasang dengan suspensi boleh laras WP dan trumpet pengambilan lebih penting untuk meningkatkan kecekapan enjin. Bagi membuatkannya lebih menonjol berbanding RC 390 biasa, ia dilekatkan dengan pelekat badan berkualiti tinggi. 

Jika pemilik tidak berpuas hati dengan kuasa sedia ada, mereka boleh meningkatkan juasa enjin menerusi kit SSP300. Untuk makluman, jualan kit SSP300 ini terhad kepada 50 unit sahaja setahun dan mesti dibeli daripada divisyen KTM Customer Racing.

Kit itu terdiri daripada 230 alat ganti berbeza demi mengubah model tersebut menjadi jentera lumba sebenar.

Antara komponen yang disertakan termasuklah sistem ekzos Akrapovic SSP300 EVO02, ECU perlumbaan, STM slipper clutch, quickhsifter, pengikat wayar, rim ganti, pilihan gear yang luas, sistem penyejukan lebih besar dan bodykit penuh yang diperbuat daripada material ringan.

Di pasaran Eropah, KTM RC 390 R dijual pada harga €8,500 (RM40, 850) seunit. Manakala kit perlumbaan SSP300 pula berharga €11,000 (RM52,875)

Harus tahu bahawa kit perlumbaan itu tidak sesuai untuk model-model RC 390 CUP atau mana-mana varian RC yang dijual sebelum tahun 2017.

Google ads
Back to top button