Buletin

SDAP LANCAR 718 CAYMAN & 718 CAYMAN S – BERMULA RM530K

Sempena meraikan pembukaan Porsche Centre Pulau Pinang, Sime Darby Auto Performance (SDAP) turut melancarkan 718 Cayman serba baharu.

Ia hadir dalam dua varian iaitu 718 Cayman dan 718 Cayman S. Jentera tersebut dikuasakan oleh enjin baharu bersesaran 2.0 dan 2.5 liter. Enjin empat silinder flat itu mampu menjana kuasa sehingga 300hp. Manakala enjin 2.5 liter dengan VTG itu pula berupaya menghasilkan kuasa sehingga 350hp.

Kedua-dua enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear PDK. Walaupun begitu berkuasa, padanan rangkaian kuasa itu masih boleh menawarkan penjimatan sekita 6.9 liter bagi setiap 100 kilometer untuk enjin 2.0L. Enjin 2.5L pula menggunakan bahan api sekitar 7.3L/100km.

Jentera tersebut dilihat begitu hampir dengan model 718 Boxster. Selain daripada bumbung dan lampu belakang, kedua-dua model tersebut dilihat tidak jauh berbeza.

Penampilan 718 Cayman diserlahkan menerusi ruang pengambilan udara pada bahagian hadapan dan sisinya. Ia kelihatan lebih rendah dan maskulin. Wajah itu disempurnakan lagi dengan sepasang lampu utama Bi-xenon rekaan baru bersama lampu nyalaan siang (DRL) LED.

Pada bahagian belakang, 718 Cayman dilengkapi wing yang akan dinaikkan secara automatik pada kelajuan 120km/j untuk meningkatkan lagi aspek pengendaliannya.

Ruang kabin jentera tersebut direka agar kelihatan sporty melalui panel instrumen papan pemuka rekaan baru. Sterengnya diambil daripada 918 Spyder. Varian GT hadir dengan diameter stereng lebih kecil.

Kluster dengan tiga instrumen berbentuk bulat, rev counter diletak di bahagian tengah bersama skrin warna bersaiz 4.6 inci. Sama seperti model Porsche yang lain, ia menawarkan aspek ergonomik terbaik dengan posisi butang kawalan yang mudah dicapai oleh pemandu.

Porsche Communication Management (PCM) dengan skrin sentuh bersaiz tujuh inci hadir sebagai ciri standard. Ia menawarkan modul seperti Optional Connect, Navigation dan Connect Plus.

Modul Connect menyediakan ketersambungan tanpa wayar telefon pintar dengan antena. Di samping port USB pada konsol tengah, Apple CarPlay dan kawalan suara.

Berminat? Harga asas untuk 718 Cayman bermula RM530,000 seunit. Sementara 718 Cayman S boleh anda miliki pada harga RM700,000. Jentera itu didatangkan bersama jaminan selama empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma.

BACA: PANAMERA WAGON – REKA BENTUK PORSCHE YANG SEMAKIN ANEH

GALERI

Google ads
Back to top button