Artikel Pilihan

PORSHE FAILKAN PATEN TURBO GENERASI BARU DENGAN TEKNOLOGI ELEKTRIK

Turbo merupakan komponen yang menjadi semakin popular diadaptasi dalam pembinaan enjin moden, dengan menghasilkan lebih banyak tork dengan memaksa lebih banyak udara masuk tanpa perlubergantung pada tekanan atmosfera semata-mata. Bagi enjin moden bersaiz kecil, ia boleh menjana tork tinggi pada RPM rendah.

Turbo memiliki 2 komponen asas iaitu kompresor yang memaksa udara masuk dalam enjin di bahagian ambilan udara (air intake) dan turbin yang dijana oleh asap ekzos. Turbin dan kompresor ini akan disambungkan melalui shaft turbo dimana shaft ini akan dilincirkan oleh minyak pelincir enjin.

Prestasi turbo bergantung pada saiz turbo sendiri. Masalahnya jika anda menggunakan turbo kecil, tork terjana lebih awal tapi tidak menghasilkan kuasa pada RPM tinggi. Jika anda menggunakan turbo besar pula anda akan mengalami masalah turbo lag. Sebab itulah sesetengah pengeluar automotif menggunakan turbo skrol berkembar.

Bagi jenama lain seperti Audi, mereka menggunakan turbo dengan teknologi elektrik (hibrid elektrik turbo) yeng menggunakan motor elektrik bagi membantu kompressor berputar pada halaju tinggi dan menjana boost pada RPM yang rendah, walaupun ketika itu turbin tidak berputar. Masalahnya sistem ini sangat rumit dan memerlukan bateri serta sistem elektrik 48 volt untuk beroperasi

Melalui satu paten yang dihasilkan oleh Porsche, jurutera mereka memutuskan agar turbin dan kompresor tidak lagi disambungkan dengan shaft turbo. Turbin masih lagi dipasang pada manifold ekzos tapi ia akan digunakan untuk menjana generator elektrik.

Di bahagian kemasukan udara (air intake) satu motor elektrik akan dipasang dengan tujuan memaksa udara masuk ke dalam enjin dan boleh beroperasi tanpa perlu bergantung kepada halaju putaran turbin. Ini bermakna turbin dan kompresor boleh beroperasi pada halaju putaran yang efisyen yang berbeza tanpa perlu bergantung antara satu sama lain

Tapi paten ini tidak mendedahkan samaada sistem turbo ini perlu dipasang dengan kapasitor (penyimpan caj) bagi menyimpan lebihan kuasa elektrik yang terhasil ataupun darimana motor elektrik yang dipasang pada kompresor mendapat kuasa elektrik untuk beroperasi

Disebabkan kompresor diputar dengan sangat cepat oleh motor elektrik, maka ia akan menjana boost yang sangat pantas dan menghasilkan kuasa enjin dengan cepat. Apabila saiz kompresor dibesarkan, ia tidak perlu menghasilkan boost yang tinggi, kecekapan sistem mekanikal yang lebih bagus dan kuasa yang lebih tinggi

Tapi konsep ini masih dalam fasa pembangunan paten, komponen sebenar yang akan dihasilkan oleh Porsche mungkin lambat lagi akan keluar dan dipasang pada kenderaan Porsche.

Google ads
Back to top button