Modifikasi

SI PEMBURU EMAS – VIVA DENGAN ENJIN YRV TURBO

Berborak dengan otai K-Car memang selalunya beri idea baru. Serius cakap, saya memang suka K-Car.

Tetapi memandangkan ruang letak kereta yang terhad, tak mungkin nak parking Kancil L200 luar pagar. Bodypart L200S dengan lampu smoked kaca tu sekarang meletup harganya kalau dengar. Barang Kancil sekarang melonjak naik aksesorinya.

Ada benda yang lagi pelik, bodypart Kancil belalang tu pun sekarang dah jadi seribu lebih?

BACA-VIVA CONVERT AVY 2007

BACA-MODIFIKASI KELISA GINO 2 PINTU

Maka, beralih lah kepada Viva. Viva serba emas kali ni adalah contoh harga yang masih boleh dikategorikan sebagai waras lagi. Harga Viva terpakai pun dah murah. Enjinnya banyak, sekarang orang semua sibuk-sibuk dengan K3VET YRV.

Enjin ni senang pasang, direct bolt-on pada casis Viva menjadikannya popular. Lagipun pada half-cut sekarang tengah banyak barang dengan harga mampu milik. Zaidi punyalah tamak tak mau enjin biasa-biasa, terus sumbat K3VET daripada half-cut YRV turbo.

Persoalannya, senang ke nak masuk ke dalam bay sempit Viva ni? Jawapannya senang, sebab enjin ni memang saiz blok yang berkongsi dengan banyak model Daihatsu. Cuma beberapa pengubahsuaian perlu dibuat untuk memasang transmisi yang betul.

Enjin ini dimasukkan terus tanpa pengubahsuaian. Intercooler masih berada di posisi top mount. Sementara paip intercooler dan intake digantikan dengan stainless steel. Modifikasi major yang dibuat ialah pada bahagian kotak gear yang mana perumah Myvi digunakan dengan ratio yang diubah suai dari gerigi Myvi dan Viva. Shaft pemacu juga dimodifikasi supaya sesuai untuk memegang roda kereta ni.

Dari segi teknikal, kereta ni dah cukup laju, tak perlu AR90 atau Haltech E6K. Dah laju dengan gear manual dan kereta berat mana lah sangat. Setakat 200km/j senang sahaja.

Bodypart yang dipasang ialah Avy RS model tahun 2004. Berdasarkan susur galur Avy, model adik kepada Kelisa ni kurang popular berbanding Kancil. Sama macam Kelisa, ada kelompok tertentu yang masih setia dengan model ini. Walaupun tidak panas macam Kancil, harga barangnya tidaklah murah.

Warna Candy yellow gold ini berkilat pedih mata tengok tengah panas. Bila Zaidi rasa dah complete, dia pun pasang sunroof Ford pada bahagian bumbung. Sejak dahulu lagi, kereta belah Kuantan memang suka betul modifikasi masuk sunroof.

Bahagian dalaman banyak yang berubah seperti papan pemuka Avy RS dan tempat duduk Avy berwarna krim. Manakala aksesorinya terdiri daripada pemain audio 2DIN Carrozeria, meter SARD dan timer HKS.

Aksesori paling rare ialah stereng Perodua. Benda lain yang turut ditukar ialah rim, tayar brek dan suspensi.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button