Buletin

FREDDIE FLINTOFF TERLIBAT KEMALANGAN, TOP GEAR DIHENTIKAN

Rancangan popular BBC, Top Gear terpaksa dihentikan selepas penyampainya, Freddie Flintoff mengalami kemalangan pada Disember lalu.

Flintoff dihormati oleh peminat kriket England kerana aksinya dalam siri Ashes 2005 menentang Australia sebelum memutuskan untuk bersara dan beralih ke sukan tinju pada 2012.

Dalam satu kenyataan, BBC berkata, “Dalam keadaan seperti ini, kami merasakan adalah tidak wajar untuk menyambung semula penghasilan siri 34.

“Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada Freddie dan akan terus menyokongnya sepanjang proses pemulihan.

“Kami faham ini akan mengecewakan peminat, tetapi ia adalah perkara betul untuk dilakukan. Kami membuat pertimbangan terbaik demi Top Gear,” jelas BBC.

The Independent sebelum ini melaporkan bahawa kenderaan tiga roda Morga Super 3 yang dipandu oleh Flintoff  terbalik pada kelajuan tinggi.

Google ads
Back to top button