
PREBIU MAZDA MX-30. 143HP/271NM, 199KM SEKALI CAJ. LANCAR Q4 2022, HARGA BAWAH RM200K?
Bermaz Motor semalam melakukan prebiu rasmi jentera elektrik pertamanya di Glenmarie, Shah Alam. EV berkenaan membuat penampilan pertama pada acara Tokyo Motor Show 2019 dan dijangka ditawarkan kepada pengguna tempatan pada suku keempat tahun ini.
Untuk menjadikannya lebih kompetitif, harganya pula dianggarkan di bawah RM200,000.
Pengenalan MX-30 merupakan sebahagian daripada visi Sustainable Zoom-Zoom 2030 Mazda untuk mencapai neutraliti karbon menerusi pembangunan teknologi elektrifikasi dan produk baharu.

Reka bentuk MX-30 berdasarkan kepada bahasa rekaan “Human Modern” yang menjadi method ekspresi baharu untuk Kodo – Soul of Motion. Bahagian luarannya tampil ringkas, elegan dan mesra. Manakala ruang dalaman pula mengetengahkan elemen kesatuan.
Pintu dengan bukaan unik memberikan siluet yang cantik, selain memudahkan urusan keluar masuk ke dalam ruang kabinnya. Ruang dalaman diserlahkan dengan skrin konsol tengah terapung bersama ruang penyimpanan barang. Selain penggunaan material mesra alam dan bateri yang tidak terlalu besar.
Jentera yang tampil dengan rekaan pintu seperti kereta sports RX-8 itu hadir bersama konfigurasi tempat duduk 2+2.

MX-30 digerakkan oleh motor elektrik e-SKYACTIV EV yang dikuasakan bateri lithium ion berkapasiti 35.5kWh. Ia menawarkan 143hp dan tork 271Nm yang disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik satu kelajuan EV AKR. Jentera itu memerlukan masa selamasa 12 jika menggunakan soket 3 pin biasa.
Namun, masa mengecas boleh disingkatkan menjadi 5 jam dengan pengecas wallbox dan cuma 36 minit daripada 0-80 peratus jika menggunakan pengecasan pantas (DC). Bateri tersebut menawarkan jarak sejauh 199km dengan sekali caj.
Dari segi keselamatan, MX-50 dilengkapi enam beg udara, brek ABS, EBD, BA, Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), ISOFIX dan banyak lagi.
GALERI


