Artikel Pilihan

LELAKI INI TEMUI TAKUMI DALAM DUNIA SEBENAR – FUJIWARA DAN KEDAI TOFU MEMANG WUJUD!

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Kalau ada sesiapa yang tak pernah membaca komik Initial D ataupun menontonnya dalam versi filem rasanya hidup mereka memang tidak cukup syarat. Ia bukan sekadar komik seperti Doraemon ataupun Dragon Ball tetapi ia banyak mempengaruhi trend perlumbaan yang cukup popular iaitu – drift. Satu lagi kehebatan komik ini ialah kerana ia turut mendapat khidmat nasihat Raja Drift – Keiichi Tsuchiya. Ingat komik ni main buat cincai-cincai je ke?

Okey kalau dah baca mesti korang semua kenal dengan watak utama komik tersebut iaitu seorang remaja Jepun bernama Takumi Fujiwara yang kemudiannya menjadi pelumba turun bukit terpantas di wilayah Gunma dan kemudiannya berkembang ke daerah lain. Macam mana kalau kami katakan yang watak-watak dalam cerita tersebut memang wujud, terutamanya Takumi dan bapanya Bunta Fujiwara? Hangpa percaya tak?

BACA: 10 ENJIN TERBAIK DRI JEPUN – DAN MASIH TERBAIK SEHINGGA HARI INI

Baru-baru ini blog Drift Hunter telah menyiarkan satu rakaman pertemuan mereka dengan Takumi dalam dunia sebenar. Kiranya macam pertembungan antara dunia fantasi dan dunia sebenar. Blog Drift Hunter dipelopori oleh seorang lelaki mat saleh bernama Albo yang telah tinggal di Jepun selama hampir 7 tahun dan bekerja sebagai seorang guru bahasa Inggeris.

Beliau yang merupakan peminat Initial D banyak membuat rakaman dokumentari tentang budaya perlumbaan underground dan drift di Jepun sehinggalah pada satu hari beliau secara kebetulan berkenalan dengan seorang lelaki Jepun bernama Jun Fujinoki.

Siapa pula Jun Fujinoki ni? Pelakon Kamen Rider ke? Bukan. Jun Fujinoki ini ialah seorang lelaki biasa yang mana kehidupannya diangkat menjadi watak utama dalam naskah yang dinamakan Initial D! Tentu semua mengetahui kisah Takumi Fujiwara yang berkisar tentang sebuah kedai menjual tofu di Bandar S, bagaimana Takumi dan ayahnya Bunta turun naik Bukit Akina menghantar tofu ke sebuah hotel dengan menggunakan sebuah Toyota AE86 dan kemudiannya Subaru Impreza GC8 WRX STi pada waktu sebelum subuh.

Rupa-rupanya si Jun ni memang tinggal di sebuah kedai tofu yang dinamakan Fujinoki Tofu Shop peninggalan datuk beliau dan setiap hari mendaki bukit Haruna untuk menghantar tofu dengan menggunakan Subaru GC8 WRX STi kelabu milik beliau. Perbezaannya hanyalah pada warna kereta tersebut.

Dikatakan pada pertengahan tahun 90-an, seorang ‘mangaka’ (artis pelukis komik Jepun) bernama Shuichi Shigeno telah datang ke wilayah Gunma untuk membuat kajian tentang perlumbaan underground sebagai rangka asas karya terbaru beliau. Malah hampir kesemua watak dan lokasi dalam cerita tersebut mempunyai persamaan dengan dunia sebenar.

• Bandar S = bandar Shibukawa
• Bukit Akina = Bukit Haruna
• Kedai Tofu Fujiwara = Kedai Tofu Fujinoki
Dan…
• Takumi Fujiwara = Jun Fujinoki

Pertemuan Albo dengan Jun atau Takumi berlaku secara tidak sengaja di sebuah restoran makanan segera. Sewaktu beliau sedang mengemaskini blog beliau dan menikmati kentang goreng, seorang lelaki Jepun bersama keluarga beliau melambai tangan dan tersenyum kepada beliau. Mulanya kedua-dua tidak berkomunikasi kerana mungkin halangan bahasa. Akhirnya setelah menyedari Albo memang boleh berbahasa Jepun keduanya mula berkenalan dan Jun memperkenalkan dirinya dan Kedai Tofu Fujinoki.

Albo telah mengejar impian dan membuat dokumentari berkenaan budaya perlumbaan underground dan mencari persamaan antara karya Shigeno dan dunia sebenar akhirnya beliau menemui jawapan.

Mereka terus berbual selama lebih tiga jam berkisarkan tentang Initial D dan budaya perlumbaan underground di Jepun. Malah beliau turut berkunjung ke kediaman Jun dan cukup kagum dengan segala-galanya yang hampir sama dengan segala diceritakan Shigeno dalam karya beliau. Bukan hanya ‘Takumi’, beliau tutur menemui satu lagi watak yang sangat cool dalam karya tersebut. Siapa lagi kalau bukan bapa kepada Takumi, otai perlumbaan underground di pergunungan Jepun, Bunta Fujiwara.

Malah rumah yang didiami Jun memang sebuah kedai tofu. Jun turut menunjukkan peralatan dan bagaimana bentuk tofu yang original dihasilkan sejak dari dahulu.

Jun juga merupakan peminat Initial D dan mengumpul pelbagai cenderahati berkaitan karya berkenaan. Memang melelehlah air liur sesiapa yang meminati komik ini. Yang lebih kelakar lagi ialah setelah bertahun mencari Takumi, akhirnya Takumi sendiri yang berjaya mencari beliau. Inilah takdir namanya. Cuma kalau korang semua bayangkan Takumi tu hensem macam Jay Chou memang korang akan frust la sikit sebab rasanya Abang Japar lagi hensem dari Takumi sebenar.

Saksikan pautan video di bawah untuk rakaman pertemuan Drift Hunter dan Jun Fujinoki (Takumi Fujiwara).

Kredit: Drift Hunter

Tags
Google ads
Back to top button
Close