Buletin

PRESTASI PROTON MELONJAK. 8,102 UNIT TERJUAL PADA JULAI, TERTINGGI DALAM 30 BULAN.

PROTON memulakan separuh kedua 2018 dengan mencatatkan angka jualan tertinggi sepanjang 30 bulan yang lalu. Jualan meningkat sebanyak 31% berbanding bulan sebelum ini dengan 8,102 unit kereta Proton dijual kepada pembeli kereta tempatan dan luar negara. Meskipun peningkatan jualan tempatan adalah disebabkan pelanggan mengambil peluang membeli kereta dengan GST yang berkadar sifar dan sebelum pelaksanaan SST pada September ini, aktiviti eksport yang diteruskan semula oleh Syarikat turut menyumbang kepada peningkatan kepada keseluruhan jualan.

Anggaran pegangan pasaran adalah 11.7% kerana Saga dan Persona terus menjadi model pilihan Pegangan pasaran PROTON meningkat sebanyak tiga bulan berturut-turut dengan anggaran 11.7% bagi Jualan Keseluruhan Industri (TIV) untuk bulan Julai. Jumlah tersebut meningkat berbanding jumlah pegangan pasaran sebanyak 9.6% yang diperoleh pada bulan Jun mengikut angka yang dikongsi oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Saga dan Persona kekal sebagai model pilihan apabila mencapai jualan 3,000 unit buat kali pertama pada 2018. Persona turut mencapai sasaran baharu untuk tahun ini apabila merekodkan jualan lebih daripada 2,221 unit, memecahkan rekod pertama kali iaitu sebanyak 2,000 unit sejak Mei 2017.

Saga kekal menjadi pilihan utama kerana model tersebut adalah yang paling mampu milik, luas dan dilengkapi pengendalian terbaik bagi segmennya serta dengan tawaran ‘Saga Terbaik dalam masa 10 tahun’ di mana pelanggan boleh memiliki Saga baharu ini dengan harga kurang dari RM30,000 pada bulan Jun dan Julai. Bagi Persona, model yang mendapat penarafan antarabangsa 5 bintang oleh ASEAN NCAP ini mempunyai pelbagai ciri keselamatan termasuk Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Kawalan Daya Kawalan (TC) dan 6 beg udara serta ruang dalamannya yang luas, ruangan bagasi seluas 510L dan banyak lagi, yang merupakan antara faktor utama yang mencuri perhatian pembeli.

“Julai adalah bulan yang sangat baik untuk PROTON kerana kami telah mencapai jumlah yang paling tinggi bukan hanya untuk 2018 tetapi juga untuk 30 bulan yang lalu. Kami tahu bahawa faktor utama yang meningkatkan jualan adalah disebabkan pengecualian cukai melalui GST berkadar sifar sebelum pelaksanaan SST pada bulan September tetapi jumlah jualan tersebut juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah membuka mata mereka dengan tawaran menarik yang terdapat pada barisan kereta-kereta kami. Justeru, kami berharap dapat mengekalkan momentum ini walaupun selepas SST diperkenalkan kerana kami bersedia untuk melancarkan SUV pertama pada tahun ini,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar.

Google ads
Back to top button