;
Motosikal

HONDA RS150R ADA WARNA BARU – MANA CANTIK DENGAN SUPRA GTR150/WINNER 150?  

Boon Siew Honda hari ini secara rasminya memperkenalkan warna dan grafik baharu bagi model RS150R.

Grafik terkini itu menghiasi motosikal RS150R terdapat dalam pilihan warna baru – hitam mutiara Magellanic. Pengenalan pilihan warna tersebut adalah hasil maklum balas daripada pelanggan.  

Skim cat baru yang diperkenalkan bersama-sama warna sedia ada dengan grafik yang dikemaskini – biru mutiara, merah dan Edisi Repsol.

“Warna visual terkini untuk edisi terbaharu Honda RS150R perlu lebih meyakinkan untuk seiring dengan penampilan yang agresif ” kata Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda.

Mula dilancarkan pada 2016, RS150R mencetuskan hala tuju baru untuk Honda dalam kategori underbone dengan enjin 150 cc. Disasarkan untuk segment sport cub yang mempunyai potensi besar, Honda RS150R ialah antara model paling laris Boon Siew Honda.

RS150R mengekalkan enjin PGM-Fi yang mematuhi standard piawaian Euro 3. Kerangkanya terdiri daripada jenis twin-perimeter . Jentera itu menggunakan suspensi hadapan teleskopik dan penyerap tunggal di bahagian belakang.

GALERI

Google ads
Back to top button