Buletin

PRIUS IKON TOYOTA, KEKAL SEBAGAI KERETA HIBRID UNTUK GENERASI BAHARU

Toyota Prius telah pun wujud di muka bumi sejak tahun 1997 lagi, di mana generasi pertama Prius membawakan bentuk sedan tiga kotak yang tipikal seperti sedan-sedan yang lain.

Hanya menerusi generasi kedua, baharulah Toyota Prius ‘lahir’ dengan bentuk badan sedan liftback dan tradisi itu diteruskan sehingga kini.

Disebabkan Prius merupakan model hibrid produksi massa pertama di dunia, ia dilihat sebagai satu ikon yang penting buat Toyota dalam mempopularkan penggunaan trenkuasa hibrid.

Meskipun Toyota sudah memiliki produk elektrik beyond Zero (bZ), mereka masih mahukan mengekalkan peranan ikon tersebut sebagai kereta hibrid untuk generasi baharu yang akan muncul pada tahun depan (2022).

Prius generasi pertama

Menurut laporan daripada Autocar, Prius generasi kelima berkemungkinan besar menampilkan pelantar khusus E3 yang menggandingkan elemen daripada TNGA-C (Corolla) serta senibina elektrik bZ.

Disebabkan tempoh pengharaman penjualan kenderaan berenjin di Eropah belum berkuatkuasa sehingga 2030, ini membolehkan Toyota masih lagi menawarkan Prius dengan trenkuasa hibrid.

Pengarah Pemasaran dan Pembangunan Produk Toyota Motor Europe, Andrea Carlucci berkata, Prius merupakan ikon kepada jenama tersebut, dan ia harus mengekalkan peranannya sebagai peneraju dengan teknologi terkini.

Model baharu Prius itu dijangka membawakan teknologi bateri bipolar nickel-metal hydride yang telah pun muncul pada Toyota Aqua, di mana teknologi ini mampu menawarkan output yang lebih berkuasa, dan menambah kadar kecekapan kepada sistem hibrid.

Model plug-in hybrid Prius PHEV juga dijangka akan hadir dengan trenkuasa hidrogen elektrik, seperti yang diuji oleh Toyota menerusi jentera lumba Corolla Sport bernadikan enjin tiga silinder dari GR Yaris namun dengan suapan bahan api hidrogen.

Sumber: Autocar

Google ads
Back to top button