Buletin

PRODUK KOBE STEEL SELAMAT DIGUNAKAN – JELAS TOYOTA, MAZDA DAN HONDA

Toyota, Mazda dan Honda baru-baru ini mengesahkan bahawa plat aluminium yang dibekalkan oleh Kobe Steel selamat untuk digunakan. 

Ini menjadi pengesahan pertama berkaitan produk keluaran Kobe Steel yang mencetuskan kebimbangan global dan menyebabkan saham firma Jepun itu merudum. Awal bulan lalu, Kobe Steel mengakui telah memanipulasi data kualiti produknya. 

Toyota menggunakan plat aluminium, termasuk beberapa alat ganti lain pada bahagian hud, pintu serta beberapa komponen berbeza. Selepas membuat kajian ke atas tahap ketahanan dan kekukuhan material berkaitan, Toyota mendapati ia mematuhi standard keselamatan dalaman dan keperluan perundangan.

Toyota bagaimanapun masih mengesahkan asoek keselamatan enam barangan lain. Ini termasuklah aluminium penyempritan (extrusions), produk-produk tembaga, serbuk besi dan gegelung besi.

Mazda dan Honda juga mengakui plat aluminium yang dibeli secara langsung daripada Kobe Steel untuk digunakan pada bahagian hud dan komponen lain mematuhi standard keselamatan mereka. Namun ia masih membuat penilaian ke atas aspek keselamatan komponen yang dibeli daripada pembuat alat ganti yang lain.    

Pada 8 Oktober, Kobe Steel mengumumkan ia telah mengubah data dan spesifikasi alat ganti aluminium dan masalah sama turut dikesan pada komponen tembaga.

Syarikat-syarikat kereta api sepert Central Japan Railway dan West Japan Railway sudah memeriksa tahap kekukuhan alat ganti yang terjejas pada kereta api sedia ada. Menurut mereka, komponen tersebut tidak menunjukkan sebarang masalah.

Google ads
Back to top button