Buletin

PROGRAM PROTON WE-CARE PRIHATIN BANJIR

Berikutan banjir di Pantai Timur dan Utara yang semakin buruk, PROTON Holdings Berhad (Proton) telah meningkatkan bantuannya kepada mereka yang terjejas. 

proton-banjir-mekanika (3)

Menerusi program PROTONWe-Care Prihatin Banjir, Proton berharap dapat menghulurkan lebih banyak bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.

“Kami merasakan bahawa diskaun yang ditawarkan pada awalnya  (20%) tidak banyak membantu mengurangkan beban mangsa banjir. Jadi, kami memutuskan untuk menambah diskaun alat ganti kepada 30 peratus.

“Manakala kos buruh bagi kerja baik pulih kereta pula tidak akan dikenakan kepada pelanggan PROTON yang terjejas akibat banjir. Oleh itu, kami mereka supaya menghantar kereta masing-masing ke pusat servis PROTON berdaftar yang terdekat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

 SONY DSC

Program yang dijalankan selama lima bulan hingga 15 Mac 2015 itu turut membabitkan pemeriksaan percuma, penilaian kerosakan dan bantuan penundaan dari lokasi ke n pusat servis PROTON terpilih.

Justeru, pemilik kenderaan Proton yang terjejas boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Proton di talian1800-888-398 untuk pertanyaan, pertolongan dan bantuan khidmat penundaan.

banjir-proton-mekanika

Menurut Proton, sebagai syarikat pengeluar kereta, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu mangsa banjir kerana membaik pulih kenderaan memerlukan modal besar.

Dengan adanya program seperti ini, ia diharap dapat meringankan beban mangsa banjir, khususnya kepada mereka yang tidak memiliki insurans bencana alam.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button