" "
Buletin

PROMOSI AKHIR TAHUN CHEVROLET

Mahu memberikan pengalaman pengurusan pembelian yang mudah dan murah, pengedar kenderaan Chevrolet di Malaysia, NAZA Quest Sdn. Bhd. (NAZA Quest) melancarkan promosi jualan kepada pengguna tempatan. 

2012 all-new Chevrolet Colorado Crew Cab (Thailand version)

Bermula sekarang hingga 31 Disember depan, para pelanggan yang membeli kenderaan Chevrolet akan menikmati opsyen kadar faedah 0% untuk tahun pertama. Ia kemudian diikuti oleh kadar faedah serendah 1.79 peratus hingga 2.22 peratus untuk baki tempoh pinjaman (kadar bagaimanapun berbeza mengikut bank yang mengambil bahagian).

Untuk menjadikan tawaran ini semakin menarik, NAZA Quest turut menawarkan alat ganti dan kos buruh percuma selama tiga tahun (kecuali minyak enjin).

Chevrolet Sonic Hatch

NAZA Quest telah bekerjasama dengan Public Bank, Maybank serta beberapa buah bank lain (akan diumumkan kelak) demi menawarkan kadar faedah pinjaman yang rendah dan kompetitif kepada para pelanggannya.

Promosi ini melibatkan semua model Chevrolet iaitu Captiva, Cruze, Colorado, Sonic dan Orlando yang boleh didapati di semua pengedar Chevrolet di seluruh negara. Semua kenderaan ini juga hadir dengan jaminan selama tiga tahun dan perbatuan sejauh 100,000km.

Chevrolet Captiva

Untuk makluman, NAZA Quest akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara bermula di Queensbay Mall dari 30 Oktober hingga 3 November 2013, sebelum diteruskan di cawangan-cawangan Tesco di Ampang, Mutiara Damansara, Shah Alam, Ipoh, Pulau Pinang, Bukit Mertajam, Melaka dan Seremban.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button