Buletin

PROMOSI HUJUNG MINGGU PASSAT ELEGANCE. JIMAT SEHINGGA RM4K

Pengedar Volkswagen di seluruh negara akan mengadakan jualan hujung minggu Passat Elegance pada 10-11 Oktober 2020, 11am hingga 5pm.

Jualan itu turut berlangsung dalam saluran media sosial semua pengedar Volkswagen. Pelanggan boleh bertanya soalan dan berinteraksi dengan perunding jualan menerusi Facebook Live dari rumah masing-masing.

Pelanggan yang menempah Passat Elegance sepanjang tempoh promosi ini akan menikmati rebat tambahan sebanyak RM2,000 selain rebat sedia ada. Ini membolehkan pelanggan berjimat sebanyak RM4,000.

Rebat tambahan tersebut ditawarkan pada semua varian Passat iaitu Passat Elegance, Passat UNITED dan Passat R-Line yang akan dilancarkan tidak lama lagi,

Passat Elegance menampilkan rekaan dalaman dan luaran, aspek ketersambungan lebih baik dan sistem lampu baharu. Sedan itu menggunakan enjin turbo 2.0L TSI berkuasa 190PS dan tork 320Nm yang dipadankan dengan kotak gear klac berkembar basah DSG 7-kelajuan.

Jentera itu ditawarkan pada harga RM181,856 sehingga 31 Disember 2020.

Pelanggan yang ingin memiliki model Volkswagen lain seperti  Vento, Golf R-Line, Tiguan, Tiguan Allspace R-Line dan Highline  sertaArteon R-Line akan menikmati rebat tambahan sebanyak RM1,000 di samping promosi sedia ada.

Google ads
Back to top button