Buletin

PROMOSI PULANG DENGAN MICHELIN – TAWAR E-BAUCAR AIR ASIA BERNILAI RM88 & TAG BAGASI ISTIMEWA

Anda kini boleh merebut promosi nilai hebat yang ditawarkan oleh Michelin Malaysia sebelum pulang ke kampung halaman untuk merayakan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Objektif kempen kempen Safe with Michelin (Selamat dengan Michelin) adalah untuk mendekati rakyat Malaysia dan mengingatkan mereka bahawa tayar Michelin dibina dengan mengambil kira keselamatan. Tiada yang lebih penting kepada Michelin selain keselamatan para pelanggannya.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Michelin menganjurkan promosi Travel Home with Michelin (Pulang Dengan Michelin) dari 8 Januari hingga 2 Mac 2018.

Michelin akan menawarkan e-baucar Air Asia bernilai RM88 bersama dengan tag bagasi eksklusif Michelin kepada pelanggan yang membeli empat tayar Michelin di mana-mana kedai pengedar mereka.

Sebaik sahaja membeli empat tayar Michelin di kedai yang turut serta dalam promosi ini, pelanggan akan menerima tag bagasi Michelin dan arahan cara untuk menebus e-baucar Air Asia mereka. Pelanggan dikehendaki menghantar gambar resit dengan butir-butir berikut melalui WhatsApp ke nombor: 017-2576849:

  1. Nama seperti dalam Kad Pengenalan
  2. Nombor Kad Pengenalan
  3. Alamat e-mel

Pelanggan kemudian akan menerima e-baucar Air Asia mereka melalui e-mel dalam masa 14 hari kerja. Pelanggan yang membeli dua tayar juga akan menerima tag bagasi Michelin.

Google ads
Back to top button