Artikel Pilihan

SEORANG PELUMBA TANPA NAMA, DESIGNER KERETA DAN TOYOTA 2000GT

Apa jenis tajuk kat atas ni kan? Bunyi macam tajuk drama je. Memang ia tentang drama yang bakal disiarkan di Jepun pada bulan Mac tahun ini. Promosinya sedang berjalan dan tajuk dramanya ialah “Midnight Supercar”. Ia seperti cantuman filem Speed Racer dan A Night at the Museum. Bintangnya pula ialah 2000GT dan muziumnya pula ialah Toyota Automobile Museum sendiri.

Walaupun ilustrasi cover menunjukkan seolah-olah ianya karya manga seperti Initial D, hakikatnya ini merupakan drama sebenar lakonan bintang utama Mizuki Yamamoto sebagai designer muda bernama Yuki Shiro yang bekerja di syarikat pembuat kenderaan ‘terbesar’ di dunia. Syarikat tersebut beribu pejabat di wilayah Aichi dan dinamakan Nagoya Motors. Yuki mempunyai impian untuk mereka kereta seperti Nagoya 2000GT yang sudah menjadi model lagenda.

Bagaimanapun pada satu hari Yuki dipindahkan ke bahagian pembangunan kenderaan autonomi ataupun pandu sendiri dan ianya cukup mengecewakan Yuki. Suatu hari sewaktu melawat Nagoya Automobile Museum Yuki telah bertemu dengan Ricardo, lelaki berdarah campuran Brazil dan Jepun yang ingin mencuri 2000GT dari muzium tersebut.

Pada masa itu juga muncul seorang lelaki misteri lengkap dengan suit perlumbaan berwarna putih yang telah menukar muzium tersebut menjadi sebuah alam fantasi dan memerangkap Ricardo dan Yuki didalamnya.

Yuki teringat perbualannya dengan pengawal keselamatan muzium sebelumnya yang menyatakan muzium itu mempunyai keanehannya yang tersendiri di waktu malam dan ternyata ia adalah benar.

BACA: LELAKI INI TEMUI TAKUMI DALAM DUNIA SEBENAR – FUJIWARA DAN KEDAI TOFU MEMANG WUJUD!

Berjayakah Yuki dan Ricardo kembali ke dunia sebenar dan siapakah lelaki misteri yang berpakaian suit perlumbaan lengkap tersebut dan apakah kaitannya dengan Nagoya 2000GT lagenda tersebut? Kami pun tak tahu jawapannya kerana drama ini pun belum disiarkan di Jepun.

Mungkin selepas disiarkan ia akan diedarkan dalam bentuk DVD? Itu pun belum pasti tapi drama berlatar belakangkan kereta lejen seperti ni memang rare dan tidak harus dilepaskan  begitu sahaja. Rajin-rajinlah meneroka laman web selepas bulan Mac nanti manalah tahu kot-kot ada yang dimuatnaik ke Youtube.

Tags
Google ads
Back to top button