Buletin

PROTON BEROPERASI SECARA BERPERINGKAT MULAI 5 MEI 2020

PROTON akan memulakan kembali operasi syarikat secara berperingkat bermula hari ini (5 Mei 2020). Proses tersebut mematuhi setiap arahan dan syarat seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa.

PROTON akan membuka semula cawangan pusat jualan dan servis yang terletak di zon kuning dan hijau. 

Semua premis dan kakitangan perlu mematuhi protokol keselamatan yang ketat seperti yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia dalam usaha untuk mengekang penyebaran virus COVID-19.

“PROTON akan kembali memulakan semua aktiviti perniagaan secara berperingkat. Namun, kami tetap akan mengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan. Satu protokol khas di semua kawasan akan diperkenalkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Selain pusat pameran, PROTON akan memulakan operasi pengeluaran kilang di Tanjung Malim dan Shah Alam secara berperingkat.

Pejabat korporat di Pusat Kecemerlangan (COE) juga mula beroperasi dengan mempraktikkan amalan kerja baharu bagi meminimakan risiko jangkitan.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan jualan dan selepas jualan, sila layari laman web: proton.com atau hubungi talian khidmat pelanggan: 1-800-88-8398

Google ads
Back to top button