Buletin

PUSAT 3S TOYOTA DI KAWASAN PKPB SUDAH MULA BEROPERASI

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan rangkaian cawangan rasmi bagi jualan serta servis Toyota dan Lexus yang terletak dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan mula beroperasi bermula 4 Mei 2020.

Pembukaan semula operasi serta premis terlibat adalah berdasarkan kelulusan, selain tertakluk kepada pematuhan peraturan kerajaan negeri masing-masing.

Justeru, pelanggan dinasihatkan supaya memastikan terlebih dahulu waktu dan hari operasi bagi cawangan  berkaitan untuk membuat temu janji.

Pembukaan cawangan jualan dan servis ini selari dengan kelulusan yang diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta pihak berkuasa tempatan.

Semua cawangan telah menerima garis panduan bagi operasi harian yang wajib dipatuhi. Di samping prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh MITI. SOP berkenaan memerlukan amalan penjarakan sosial, pembasmian kuman di premis serta urusan tanpa sentuhan antara individu sekiranya boleh.

“Kami akan mengikut panduan serta SOP yang gariskan dengan ketat di semua cawangan-cawangan rasmi yang mula beroperasi untuk memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja.

“Para pelanggan diharap dapat memahami semua keperluan yang diambil ini bagi menjamin kepentingan dan keselamatan semua,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Kkenderaan yang dibeli daripada UMWT atau pengedar rasmi dan jaminannya tamat sepanjang empoh PKP, lanjutan 30 hari akan diberikan bermula dari tarikh akhir pelaksanaan PKP (dijangka pada 12 Mei 2020).

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi:

Google ads
Back to top button