Buletin

INI 5 POIN TETSUYA TADA TENTANG TOYOTA SUPRA 2019

Selepas pelancaran Toyota GT86, tiada lagi model untuk enthusiast model ikonik sehinggalah Toyota mendedahkan tentang prototaip Supra 2019. 

Kereta ini menjadi sebutan ramai memandangkan Supra generasi keempat (A80) mempunyai begitu ramai peminat dan reka bentuknya yang gah di atas jalan raya.

Legasi tersebut begitu besar untuk diisi oleh Supra 2019. Mampukah model ini berjaya apabila dilancarkan kelak?

Masih terlalu awal tetapi berdasarkan reka bentuk yang ditonjolkan tiada lagi pendapat solid. Ada yang suka, tunggu dan lihat dan mungkin juga bersikap kritikal.

Tambahan pula model ini berkongsi dengan BMW Z4. Sama seperti Toyota GT86 yang dihasilkan bersama dengan Subaru BRZ.

Bukankah model ikonik patut dibangunkan dengan sendiri tanpa pengaruh jenama lain?

Supra generasi pertama diperkenalkan pada tahun 1978 iaitu 40 tahun lalu dan seperti yang dikatakan awal tadi, model generasi keempat mempunyai pengikut yang ramai.

Tetsuya Tada, Ketua Jurutera Supra 2019 yang turut terlibat dalam pembangunan Toyota GT86 sedar tentang harapan menggunung peminat Supra terhadap model baharu ini.

Semasa Goodwood Festival of Speed yang dianjurkan pada 12 hingga 15 Julai lalu di UK, Blog Toyota GB telah menemuramah Tetsuya Tada dan berikut ialah lima poin yang dikongsi beliau tentang Supra baharu ini.

1Tetap enjin enam silinder sebaris

Satu identiti Supra ialah enjin enam silinder sebaris dan ini diteruskan untuk model baharu.

2. Enjin depan, pacuan belakang

Selain itu kesemua generasi Supra menggunakan enjin depan dan pacuan belakang (FR) termasuk Supra 2019.

3.  Legasi reka bentuk

Reka bentuk Supra 2019 mempunyai pengaruh Supra A80 (generasi keempat) dan walaupun tidak sama sepenuhnya, beberapa elemen A80 dibawa ke model baharu supaya apabila orang ramai melihatnya mereka akan mengetahui ia adalah Supra.

4. Era tersendiri

Setiap generasi Supra mempunyai sesuatu yang menyeronokkan pada era ia dikeluarkan. Toyota mahu mencapai perkara yang sama untuk Supra 2019.

Tetsuya Tada percaya apabila Supra dilancarkan pada tahun depan ia akan menjadi kereta yang paling menyeronokkan untuk dipandu dalam kelasnya.

BACA: TOYOTA STARLET EP71 TURBO. EH. MANA PINTU BELAKANG?

BACA: TOYOTA VITZ AP4 – KECIL-KECIL SEMUT API

Google ads
Back to top button