Artikel Pilihan

PROTON X90 SKOR 5 BINTANG UJIAN PERLANGGARAN ASEAN NCAP

Agensi penilaian keselamatan kenderaan, Asean NCAP telah mengeluarkan keputusan penuh ujian perlanggaran Proton X90 yang baru dilancarkan semalam. Dalam ujian yang dijalankan dengan menggunakan varian standard, Proton X90 berjaya mendapat skor 5 bintang secara keseluruhan

Bagi ujian ketahanan cesi dan perlindungan pada penumpang dewasa, Proton X90 berjaya mendapat skor 30.2 poin daripada markah penuh 32. Frontal Impact pada patung ujian mendapati cesi Proton X90 menawarkan perlindungan yang baik pada penumpang depan dan juga pemandu dengan tawaran 6 beg keselamatan udara

Bagi perlindungan kanak-kanak, Proton X90 mendapat skor 45.37 poin daripada 51 poin dengan paramater ujian melibatkan patung dipasang pada kerusi keselamatan bayi. Proton X90 juga menunjukkan perlndungan yang bagus untuk kanak-kanak apabila diuji dengan ujian perlanggaran depan dan sisi. Ia juga ditawarkan dengan ciri Child Presence Detection bagi semua varian.

Selain daripada perlindngan 6 beg udara yang menjadi ciri keselamatan standard bagi semua varian, Proton X90 juga ditawarkan dengan ciri brek ABS, EBD, Brake Assist dan juga Electronic Stability Control. Namun hanya varian Premium dan Flagship sahaja yang menerima ciri Advance Safety Assist System.

Ini bermakna varian Standard dan Executive tidak menerima brek kecemasan automatik, amaran brek pra-perlanggaran, sistem pemanduan automatik adaptif, Lane Departure Warning, Lane Departure Prevention, Lane Keep Assist dan Traffic Sign Information System

Namun Smeua varian masih menerima Sistem Amaran Titik Buta, Sistem Amaran Lintasan Trafik Belakang, door opening warning and rear collision warning (akan menyebabkan lampu kecemasan menyala jika kereta “dicucuk” dari belakang.

Google ads
Back to top button