Pandu Uji

PROTON X90 FLAGSHIP, 1.5 TGDI 188 KUASA KUDA & 300NM TORK

Ye 2 hari lepas kami memang dapat jemputan khas dari Proton untuk test drive SUV baru, Proton X90. Tapi test drive kali ini terhad sikit dan kena bergilir-gilir dengan media lain. Jadi saya cuba buat review proton x90 ini dalam masa singkat

Asal-usul Proton X90 ni ialah Geely Haoyue yang ada kat pasaran China dan Geely Okavango di Filipina. Perkataan Haoyue ini maksud dia Hero atau Pendekar. Tapi letak nama X90 lagi sedap

Masa launch nanti akan ada 4 varian, Standard, Executive, Premium dengan Flagship. Masa test drive dari Proton COE ke Genting Premium Outlet, jarak drive pun dekat saja. Sekitar 86km saja dengan 3 pemandu

1. Proton X90 ni saiz dia dalam D segmen, bersaing dengan Hyundai Santa Fe, Kia Sorento, Mazda CX-8 dan Volkswagen Tiguan Allspace. Cuma X90 ini akan lagi besar dari Tiguan dan Santa Fe, Cuma kecik dari CX-9.

Ya memang besar sebab panjang dia 4825mm, lebar 1900mm dan tinggi 1785mm. Wheelbase X90 pun sedap jugak, 2815mm. Kalau sapa tak biasa drive kereta besar, akan rasa jugak la saiz bulky X90 ni

2. X90 ni asalnya Geely Haoyue (China) ataupun Geely Okavango (Filipina), cuma Cosmos Grill kat depan tue Proton dah diganti dengan Chrome Pin Grille Design dan Ethereal Bow kat bahagian bawah. Dari jauh nampak ala-ala Mercedes Benz AMG sikit

Lampu depan X90 guna LED tapi dengan reflektor siap dengan ciri Auto High Beam dan Day Time Running Light . Lampu kabus kat bawah pun cun sikit, 3 piece design ala-ala kristal

3. Kalau tengok kat sisi, X90 guna rim 19 inci 2 tona dengan tayar Continental Eco Contact 6, kalau tengok kat bahagian sisi, bahagian tepi nampak agak muscular tapi pada masa sama macam busy sikit. Ada kemasan krom di kerangka cermin sisi dan juga lower door garnish

4. kat bahagian belakang ni memang copy paste Geely Haoyue terus dan rasanya nampak agak kosong di bahagian tengah rear back door. Kalau letak logo Proton pun lawa jugak. Ruang kargo X90 ni besar, 257 liter kalau semua bawak 7 penumpang

Kalau bawak 5 penumpang, ruang kargo lebih kurang 1200 liter, dan jadi 2300 liter kalau 2nd row kita lipat juag. Memang besar gedabak X90 ni

5. Ada 2 pilihan tempat duduk untuk Proton X90, samaada 7 tempat duduk ataupun 6 tempat duduk. Varian Standard, Executive dengan Premium akan dapat 7 tempat duduk dengan susunan 2 + 3 + 2.

Hanya varian Flagship saja dapat 6 tempat duduk dengan susunan 2 + 2+ 2. Kalau anda rasa pelik, jangan risau sebab varian mahal ini akan jd lagi luas sebab seat dia 6 sahaja. Space is luxury commodity

Paling best duduk di barisan pertama dan kedua sebab seat di bahagian belakang ini hanya sesuai untuk kanak-kanak atau remaja. Sebab lantai di hagian belakang ini tinggi, jadi kaki akan terangkat bila orang dewasa duduk belakang sekali

7. X90 ini memang selesa dan mewah, susunan air cond vent tak kedekut sebab semua barisan tempat duduk dapat air cond vent di atas kepala. Penumpang belakang boleh control kelajuan kipas di bahagian belakang

Panaromic roof pun luas, boleh cover dari penumpang barisan pertama ke penumpang barisan kedua. Setiap barisan ada poin USB untuk caj telefon dengan barisan kedua ada 2 poin samaada type A atau C

Paling best X90 ini juga ada ventilation seat untuk penumpang depan dan penumpang barisan kedua. Memang sejuk bila drive waktu tengahari

8. Kusyen untuk varian Flagship guna kulit warna hitam, sebab Proton dapati kebanyakan pemilik lebih suka warna hitam berbanding dengan beige ataupun coklat krim macam Proton X70.

Papan pemuka depan dibalut dengan kulit dan diberikan kemasan warna perak dan kombinasi krom. Ada cabin lamp dipasang pada papan pemuka dan door trim, dan door trim juga dibalut dengan kulit lembut.

Kombinasi meter untuk pemandu X90 guna skrin digital besar dengan semua maklmat dia paparkan kat situ. Dalam sesetengah keadaan rasa macam terlalu banyak info yang X90 cuba sumbat kat situ dalam satu masa yang sama

9. Kat tengah-tengah papan pemuka tu ada skrin 12 inci sistem multimedia yang guna operation system (OS) Ecotec Atlas. Sistem multimedia ini dah upgrade dengan RAM yang lagi besar dan memory 64 GB. Tapi sayang sebab masih tak ada Apple Car Play atau Android Auto

10. kalau anda perasan, dalam brochure tertiris sebelum ini, semua varian X90 ada letak tulisan BGS atau singkatan dia Belt Stator Generator. BSG ini part of sistem mild hybrid 48 volt

Enjin masih guna enjin 3 silinder 1500cc turbo suntikan bahan api terus (TGDI) yang hasilkan lebih kurang 175 kuasa kuda. Tapi bila digabungkan dengan BSG Mild Hybrid 48 Volt, trenkuasa ini hasilkan lebih kurang 188 kuasa kuda dan 300Nm tork

Alternator enjin diganti dengan BSG, dimana BSG ini fungsi dia, menggantikan alternator dan mengecaj bateri sistem hibrid. Pada masa sama ia bertindak sebagai starter atau penghidup pada enjin

Sistem BSG ini ada motor elektrik tersendiri, boleh digunakan untuk mengecaj bateri lithium ion 48 volt dalam ruang kargo. Bateri ini sendiri sebesar 0.37kWh siap dengan cooling sytem dan BMS (battery management system), boleh guna untuk kuasakan sistem elektrik X90 sewaktu enjin dimatikan

Fungsi sistem mild hybrid 48 volt ini ialah nak jimatkan bahan api dan pecutan. Masa X90 membrek dengan halaju kurang 15km/jam, enjin akan dimatikan. Bila halaju malar, enjin pun akan dimatikan.

BSG ini akan hidupkan balik enjin bila driver tekan pedal minyak. BSG ini besar, tak macam starter biasa jadi. Bila drive nak memecut (wide open throttle), motor BSG boleh provide up to 4kW selama 2 saat

Power delivery smooth, operasi enjin start/stop pun tak terasa. Proton declare petrol lagi jimat dengan sistem mild hybrid 48 volt ni, 14.74km per liter petrol. Ok la ntuk sebah SUV 1700kg

11. Proton X90 ini memang fokus pada ride comfort, sebab bila lalu jalan yang tak rata dan bertampal-tampal sepanjang jalan ke GPO, tak terasa langsung permukaan jalan yang menggerutu tue.

Tambah-tambah pulak bila stering dia pun ringan, senang nak kawal bila nak masuk parking atau bila straight line. Cuma bagi saya, steering feel tue terlalu ringan macam taka da komunikasi dengan tayar depan bila laju. Ehhh bila pulak SUV besar orang bawak laju kan….

12. Ground clearance X90 ni cecah 194mm, digabungkan dengan tayar 19 inci, dan suspension yang comfort, memang akan terasa sedikit body roll bila lalu selekoh. Rasanya semua SUV besar 3 baris tempat duduk ada isu yang sama

13. Sistem kamera depan dah upgrade dan boleh tengok sejauh 200 meter ke depan. X90 tak perlukan radar untuk operasikan sistem Adaptive Cruise Control. Ada 14 ciri keselamatan aktif termasuklah AEB warning, AEB Braking, malah X90 akan bagi warning kalau kita cucuk kereta depan atau kereta belakang suka cucuk kita

14. harga sehingga hari ini memang masih lagi misteri, kami tak tau berapa harga dan Cuma boleh buat educated guess. Proton X70 Premium dijual dengan harga sekitar RM 129k. Jadi kami anggarkan harga permulaan Proton X90 ni sekitar 130k bagi varian Standard dan 155k bagi varian Flagship.

Google ads
Back to top button