Artikel Pilihan

BMW BAKAL HASILKAN 30 UNIT M2 MANUAL – NAK BELI KENA PERGI MEXICO

BMW bakal menyambut ulang tahun ke 30 operasi mereka di Mexico dan caranya agak menarik. Mereka akan menawarkan 30 unit M2 Coupe edisi khas 30 tahun. Bakal pembeli boleh memilih dari dua warna yang ditawarkan tetapi tiada pilihan transmisi. Kesemuanya bakal menggunakan transmisi manual enam-kelajuan. Lagi best apa.

Dengan jumlah yang sangat terhad, M2 Coupe 30 Years Edition boleh diperolehi dalam warna Frozen Portimao Blau (matte blue) atau Frozen Pure Grey metallic (matte grey). Kesemuanya dilengkapi dengan seat bucket boleh laras dan kemasan kulit Merino hitam merah. Bahagian dalam turut diserikan dengan kemasan dari serat karbon dan roda stereng yang dibalut dengan Alcantara.

Kuasa edisi istimewa ulang tahun ke 30 ini bagaimana pun kekal sama seperti M2 standard 2025. Ini bermakna ia bakal mempunyai kuasa maksima 473 hp dengan enjin turbo berkembar. 20 hp lebih berkuasa berbanding model sebelumnya. Perubahan lain ialah pada logo, roda stereng dan versi terbaru iDrive.

Sama seperti M2 standard, model edisi khas ini juga bakal dipasang di kilang BMW San Luis Potosi, Toluca di bahagian barat Mexico City. Kilang ini mula beroperasi pada tahun 1994 dan model pertama dikeluarkan di sini ialah BMW 3-Series E36.

Agak-agak laku tak kat sana model edisi khas macam ni? Dijamin laku keras boh. Korang jangan terpedaya sangat dengan filem-filem Hollywood yang tunjuk Mexico ni macam negara mundur. Bienvenido a la ciudad de México!

Kredit Motor1.com

Google ads
Back to top button