Buletin

PROTON NAIKKAN HARGA SEMUA MODEL

Proton hari ini mengumumkan bahawa ia akan menguatkuasakan harga baharu mulai 15 Februari 2016.

proton-increase-price-2016-mekanika (2)

Melibatkan semua model keluaran Proton, kenaikan harga bermula daripada RM312 sehingga RM2,021 bergantung kepada varian.

Peningkatan itu tidak dapat dielakkan berikutan kejatuhan nilai Ringgit yang memberi impak ke atas kos operasi dan seluruh rantaian ekosistem Proton. Ini memandangkan kebanyakan bahan mentah dibeli menggunakan mata wang asing.

Biarpun begitu, pelanggan yang ingin membeli kereta Proton patut merebut promosi sempena Tahun Baru Cina. Proton kini menawarkan kadar faedah serendah 2.8 peratus untuk semua kenderaannya. Bukan itu sahaja, skim graduan dengan bayaran bulanan hanya RM258 menanti anda.

Pelanggan juga boleh menikmati rebat sehingga RM6,200 ke atas beberapa kereta tahun 2015 yang terpilih dan diskaun sebanyak 30 peratus untuk barangan Proton.

proton-increase-price-2016-mekanika (1)

Di bawah program Ganjaran Kesetiaan pula, semua pemilik kenderaan Proton ditawarkan dengan rebat sehingga RM3,000 untuk menukar atau menggantikan kereta masing-masing. Promosi ini sah mulai sekarang hingga 31 Mac 2016.

Google ads
Back to top button