Peranti

SAMSUNG PAMER INOVASI TERKINI DI FORUM ASIA TENGGARA 2016

Sejak semalam hingga ke hari ini, Samsung Electronics Co., Ltd., mempamerkan rangkaian teknologi inovatif yang akan mengubah kehidupan pengguna di rantau ini.

Samsung-Forum-South-East-Asia-2016-mekanika (1)

Berlangsung di KLCC, Forum Samsung Asia Tenggara 2016 yang kali pertama diadakan di Malaysia mengetengahkan beberapa produk baharu yang akan memasuki pasaran tempatan pada tahun 2016.

“Melalui acara ini, kami harap dapat membawakan produk-produk baharu Samsung lebih dekat dengan pengguna di sini.  Kami juga yakin bahawa produk baharu ini akan mendapat perhatian pengguna tempatan,” kata Ketua Elektronik Pengguna, Samsung Malaysia Electronics, Jimmy Tan.

Samsung-Forum-South-East-Asia-2016-mekanika (7)

Samsung memperkenalkan kecanggihan SUHD TV dengan teknologi paparan Quantum dot dan mesin basuh Samsung AddWash. Di samping peti sejuk Family Hub dengan teknologi Twin Cooling Plus, tablet Windows yang dikenali sebagai Galaxy TabPro S dan pendingin hawa 360 Cassette.

Saya akan memperincikan setiap produk ini menerusi artikel berbeza. Sabar-sabar…

Samsung-Forum-South-East-Asia-2016-mekanika (2)

Selain pameran ini, Samsung dilihat terus mengukuhkan jenamanya di rantau ini menerusi penawaran perkhidmatan yang lebih peribadi serta menyumbang kepada masyarakat setempat.

Tahun lalu, Samsung Electronics dipilih sebagai jenama terbaik di Asia untuk empat tahun berturut-turut. Ia adalah hasil kaji selidik ‘Asia’s Top 1000 Brands’ secara dalam talian yang dijalankan dengan kerjasama Nielsen.

Samsung-Forum-South-East-Asia-2016-mekanika (6)

Samsung juga berada di kedudukan lima teratas dalam sekurang-kurangnya 14 sub kategori barangan elektronik pengguna. Selain telefon pintar, Samsung menjadi peneraju dalam pasaran telefon bimbit, peti sejuk dan TV.

“Malaysia adalah pasaran penting dan strategik buat Samsung di rantau ini. Orang ramai nyata menerima baik produk jenama Samsung, sama ada perkakasan elektrik mahupun peranti mudah alih. Justeru, kami ingin memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Samsung-Forum-South-East-Asia-2016-mekanika (5)

“Samsung kini menguasai kedudukan nombor satu atau dua dalam pasaran secara keseluruhannya. Kami optimis momentum jualan akan meningkat terutama selepas suku kedua tahun ini,” jelas Naib Presiden Pemasaran, Samsung Electronics Asia Tenggaran & Oceana, Irene Ng.

Google ads
Back to top button