Buletin

PROTON PERSONA KUASA MIVEC – NAH, INI PENGGANTI CAMPRO YANG CEMERLANG!

Ketika berada di puncak, Proton cuba membina keretanya sendiri tanpa bergantung harap kepada pengeluar lain. Ia direalisasikan menerusi pengenalan model Gen2, selepas berjaya membangunkan enjin Campro bersama Lotus pada tahun 2004.

Beberapa tahun kemudian, model Persona pula diperkenalkan, dalam usaha untuk memberi lebih pilihan sekaligus menguasai pasaran segmen ini.

BACA: PROTON PREVE ENJIN EVO!

Secara peribadi, saya suka dengan rekabentuk Persona yang nampak seimbang. Alasan paling logik, mengapa ia pernah dipilih sebagai kereta kedua suatu ketika dulu. Cuba tengok bumper belakangnya. Mana ada terjuih macam Inspira atau bibir Uvuvwevwevwe Onyetenyevwe Ugwemubwen Ossas…!

Ini Persona Reyza, yang kalau dilihat dari segi luaran sangatlah standard berkicap. Tapi memandangkan ia sebuah model awal 2007, peningkatan kepada kit badan Persona Elegance rasanya sudah memadai. Janji nampak baru. Bahagian hood kemudian menggunakan komponen jenis karbon fiber, manakala bumbungnya dilengkapi unit sunroof milik Civic EG6.

Bagi memberi ilusi lebih rendah, kereta ini ditongkat oleh set suspensi boleh laras BC Racing V1. Turut membantu, penggunaan rim 15-inci Enkei RPF1 dengan tayar Yokohama Advan Neova AD08R.

Kereta ini datang dengan enjin Campro S4PH generasi pertama, yang diketahui agak lemau dari segala segi. Takde intake IAFM, takde cam CPS, takde turbo, takde injap VVT, takde itu dan ini. Lepas penat berjuang menaikkan namanya, Reyza akhirnya mengalah dan akur untuk bertukar kepada enjin yang lebih mesra ubahsuai.

Pilihan yang boleh dibuat tak banyak mana dan yang paling mendapat tempat adalah enjin 4G92 MIVEC RS dari Mirage CJ. Di peringkat permulaan ia hanya diberi beberapa jajan tambahan, sebelum dirombak semula pada kadar lebih memberangsangkan.

Dari 1.6-liter, kapasiti enjin ini telah dinaikkan kepada 1.8-liter hasil penggunaan blok 4G93 GDI. Ia turut diisi dengan komponen berprestasi lain seperti piston Art 82mm serta set bearing enjin ACL Race.

Kepala silinder 4G92 MIVEC RS yang dikekalkan, diberi kerja-kerja port & polish, termasuk penggunaan seal injap Supertech. Sekeping gasket keluli setebal 0.5mm kemudian dilapik antara keduanya, sebelum diikat kemas menggunakan stud dari ARP.

Bekalan udara dibawa masuk dari penapis udara Blitz, terus ke unit throttle body 70mm Works Engineering. Kuasa cucuhan pulak, dibantu pek koil dari enjin K20A. Sementara input parameter yang diperlukan, ditala menggunakan unit piggyback e-Manage dari GReddy. Nak lagi mari, keseluruhan ruang enjin telah dicat semula dengan kaler pinky jambu!

Di ruang dalaman, bahagian dashboard telah digantikan dengan papan pemuka Mirage CJ yang datang bersama enjin. Benda boleh masuk, rugilah kalau tak pakai.

Ia kemudian diserikan dengan stereng Momo RalliArt, tombol gear Works Engineering, unit RSM Apexi serta tiga bijik meter tambahan juga Works Engineering.

Dalam tak diam, model Persona ini dah cecah 10 tahun, tu pasal makin ramai yang berani bikin.

-PAK MAUN-

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”15″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button