
KUMPULAN TAN CHONG LANCAR PROGRAM VAKSINASI COVID-19
Tan Chong Motor Holdings Berhad (Kumpulan Tan Chong) menyertai usaha kerajaan dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan melancarkan Program Vaksinasi COVID-19 TC pertamanya untuk para pekerja di seluruh negara.
Dengan peningkatan jumlah dos vaksin COVID-19 harian di seluruh negara, Kumpulan Tan Chong memulakan penglibatan di bawah pelbagai program vaksinasi termasuk Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS),
satu program vaksinasi yang dilancarkan oleh MITI untuk pekerja-pekerja di sektor pembuatan.
Sehingga kini, 70 peratus daripada pekerja Tan Chong telah divaksinkan (sama ada dos 1 atau dos 2) dan mengesahkan slot janji temu. Program Vaksinasi COVID-19 TC akan memastikan semua pekerja dan ahli keluarga mereka divaksin sepenuhnya sebagai langkah penting ke arahpembentukan imuniti kelompok serta usaha pemulihan ekonomi negara.
Program tersebut akan dilancarkan mulai Ogos 2021 melalui klinik tempatan atau di premis Tan Chong.
“Dalam perjuangan menangani pandemik COVID-19, kesihatan dan keselamatan rakan sekerja, pelanggan dan masyarakat setempat sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami harap, program vaksinasi ini dapat mencapai pemberian
vaksin sepenuhnya kepada tenaga kerja menjelang akhir September.
“Di samping memberi perlindungan dengan harapan mereka dapat kembali bekerja dengan selamat. Kami bersedia untuk memulakan operasi perniagaan apabila dibenarkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Chong, Daniel Ho.