Buletin

GEELY LANCAR BINYUE PRO (PROTON X50) FACELIFT 2021. PERUBAHAN MINIMUM, LEBIH SPORTY

Geely baru-baru ini memperkenalkan model facelift Binyue Pro yang dikenali sebagai Proton X50 di Malaysia. Tampil lebih sporty dengan perubahan minimum, SUV kompak popular itu mula dilancarkan ke pasaran China pada tahun 2018.

Perubahan paling ketara ialah pada bahagian fascia hadapan yang melibatkan gril radiator honeycomb berwarna hitam. Tidak ketinggalan, corong pengambilan udara lebih besar, lampu utama baharu dan rekaan huruf X berwarna kelabu yang membuatkannya lebih garang. 

Binyue Pro berwarna kuning ini turut didatangkan dengan kemasan/jalur berwarna kelabu pada hud dan lips hadapan, angkup brek merah serta rim hitam. Bahagian belakang pula dipasang dengan spoiler lebih besar, peresap udara dan ekzos berkembar. 

Ruang kabin menyaksikan tidak banyak penambahbaikan dibuat. Ia kini hadir dengan kemasan matte metal, skrin sentuh lebih besar iaitu 12.3 inci (sebelum ini 10.25 inci) dan tuil gear baharu. Stereng dengan rekaan rata pada bahagian bawah itu mempunyai kemasan berwarna kuning (warna badan kereta). 

Tempat duduk pula dibalut dengan upholsteri dua tona mengikut warna badan. Tidak ketinggalan, bumbung panoramik dan sistem lampu ambien dengan 72 pilihan warna. 

Geely tidak mendedahkan enjin apa yang digunakan pada Binyue Pro. Sebagai rujukan, model terdahulu ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 1.4 liter turbo berkuasa 141PS dan trk 235Nm. Manakala enjin 1.5 liter turbo tiga silinder pula mampu menjana sehingga 177hp dan torn 255Nm. 

GALERI

Google ads
Back to top button