Buletin

PROTON SAGA ANNIVERSARY EDITION. 1,100 UNIT SAHAJA- HARGA RM39,300

Sempena ulang tahun ke-35, pengeluar kereta nasional, Proton melancarkan model terbaharu Proton Saga Anniversary Edition yang hanya dihasilkan sebanyak 1,100 unit hari ini.

Model keluaran istimewa ini diasaskan menggunakan versi 1.3L Premum AT dijual pada harga atas jalan dengan pengecualian SST, RM39,300.

Perincian eksklusif ditampilkan dalam kenderaan edisi terhad ini hadir dengan warna hitam (Quartz Black). Warna hitam mengingatkan kepada model Proton Knight.

Selain itu, kenderaan baharu ini mendapat sentuhan jalur warna kuning pada bahagian gril hadapan dan bampar belakang. Perumah cermin sisi turut didatangkan dengan warna kuning.

Saga Anniversary Edition ini, ia diberikan rim aloi 15-inci rekaan sama dengan Saga Premium AT, tetapi diberikan kemasan warna kelabu matte.

Di bahagian kabin pula, jalur kuning tersebut dapat dilihat pada ruang pendingin hawa dan panel tengah kenderaan ini. Garisan pada meter combi didatangkan dengan jalur kuning untuk menambah sentuhan eksklusif.

Selain itu, tambahan hadiah sempena ulang tahun ini adalah penapis kabin N95 yang hanya terdapat pada Proton X70.

Bermula hari ini penapis kabin ini boleh didapati pada model Saga, Persona, Iriz dan Exora.

Pemilik sedia ada mempunyai pilihan untuk membeli Penapis Kabin N95 pada harga RM59, tidak termasuk caj pekerja.

Untuk masa yang terhad sehingga 9 Oktober 2020, terdapat 15% diskaun bagi harga penapis N95 ini.

Hadir sama dengan model edisi ulang tahun ini adalah pakej aksesori termasuk Front Skirting, Side Skirtings, Door Visors, Hood Insulator, Trunk Lid Cover dan Boot Tray pada harga RM2,035.

Pelanggan juga boleh membeli aksesori ini secara berasingan dan digunakan untuk model Saga 2019, pakej ulang tahun ini menawarkan kos penjimatan hebat iaitu sebanyak RM315 berbanding jika dibeli berasingan yang berjumlah RM2,350.

Google ads
Back to top button