,
Buletin

PROTON SAGA CATAT JUALAN 20K UNIT DALAM MASA 2 BULAN

PROTON melancarkan Saga 2019 pada 6 Ogos lalu, model kelima diperkenalkan olehnya dalam tempoh lapan bulan. Sudah tentu, Saga sinonim dengan sejarah PROTON. 

Dengan sejarah selama 34 tahun dan lebih 2 juta unit sudah terjual di pasaran Malaysia dan eksport, tidak syak lagi bahawa model tersebut mencerminkan pengeluar kereta Malaysia.

Sambutan yang diterima dari pembeli kereta Malaysia bagi model yang dipertingkat ini sangat menggalakkan dengan lebih 20,000 unit ditempah pada akhir bulan September. 

Ini sebab kenapa Saga laku keras: 

Gayaan menarik  

Perubahan besar dilakukan pada rekaann luaran Saga 2019 yang menjadikannya cukup berbeza berbanding model terdahulu. Ini termasuklah bampar hadapan dan belakang baharu, gabungan gril infinite weave PROTON serta set roda aloi 15 inci.

Pemanduan mantap 

Pasukan jurutera pengendalian PROTON bekerja keras melakukan talaan semula pada suspensi untuk memberikan pemanduan yang lebih baik. Dimensi brek lebih besar yang diambil dari Proton Iriz meningkatkan kuasa membrek. 

Saga ialah kereta pertama dalam segmennya yang dilengkapi Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), brek ABS, Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Bantuan Kawalan Cerun (HHA) sebagai ciri-ciri standard. Semua varian turut dilengkapi cagak ISOFIX dan beg udara berkembar

Hasilnya, Saga menerima penarafan empat bintang daripada ASEAN NCAP.

Ciri-ciri termaju

Skrin sentuh 7 inci terapung dengan paparan berwarna pada Saga, membuktikan bahawa model segmen rendah PROTON turut mewarisi beberapa teknologi seperti model-model lain yang lebih mahal. Pengguna telefon pintar

Android boleh menggunakan fungsi mirroring untuk mengakses aplikasi. 

Nilai hebat

Saga memberikan nilai lebih baik kepada pelanggan. Ditawarkan pada herga bermula RM32,800 hingga RM39,800 seuit, Saga menjadi antara model yang paling komprehensif di dalam segmennya. 

Dengan semua ciri ada ini, tidak hairanlah jika ramai yang memilih Saga, sekali gus mengembalikannya di kedudukan nombor satu.

Tags
Google ads
Back to top button