Buletin

GRAB MUNGKIN BERDEPAN DENDA RM86 JUTA KERANA TINDAS PEMANDU

Syarikat penyedia e-hailing terkenal, Grab dilapor mungkin akan didenda sebanyak RM86.77 juta, selain penalti kewangan RM15,000 sehari kerana didakwa menindas pemandunya. 

Cadangan denda itu dikemukakan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berikutan Grab dikatakan menyalahguna dominasinya dan mengenakan klausa yang bersifat menindas. 

Bagaianapun, ini bukanlah keputusan muktamad dan Grab diberi masa selama 30 hari untuk memberi maklum balas kepada MyCC. Cadangan itu selaras dengan Seksyen 36 AP 2010. 

Antara salah laku yang dilakukan oleh Grab ialah menghadkan pemandunya daripada mempromosi dan menyediakan iklan kepada pesaing Grab dalam perkhidmatan e-hailing dan pasaran pengiklanan media transit. 

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail menyatakan bahawa klausa-klausa itu nyata mengganggu persaingan dalam pasaran e-hailing kerana Grab mewujudkan halangan kemasukan serta perkembangan pesaing sedia ada dan akan datang. 

Selepas penilaian ke atas semua maklumat dan representasi dibuat, MyCC akan membuat keputusan akhir di bawah Seksyen 39 atau 40 AP 2010 

Selepas bergabung dengan Uber pada Mac 2018, Grab menjadi pemain dominan dalam pasaran e-hailing negara. MyCC juga menerima banyak aduan daripada pemandu yang membuatkannya menjalankan siasatan. 

Selain memberi kesan kepada pemandu dan pesaing, sikap Grab itu juga dijangka memberi impak kepada pengguna dalam jangka masa panjang. 

Google ads
Back to top button