Buletin

PROTON & SUZUKI TANDATANGANI MOU

PROTON Holdings Berhad (Proton), DRB-HICOM Berhad (DRB- HICOM) dan Suzuki Motor Corporation, Jepun (Suzuki) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Perlesenan (LA) untuk membentuk kerjasama jangka panjang.

Suzuki-Proton-MoU-mekanika (2)

Kolaborasi tersebut merangkumi empat bidang utama iaitu produk, teknologi, manusia dan pasaran. Ia membolehkan Proton memiliki akses kepada model, platform, rangkaian kuasa dan teknologi automotif Suzuki. Suzuki kemudian akan menyediakan bantuan teknikal yang spesifik berkaitan produk dan skop yang dipilih.

Justeru, Proton mungkin akan mengeluarkan kenderaan berkapasiti enjin 660cc, 850cc dan 1,000cc. Lebih menarik lagi, tidak mustahil Proton akan melakukan rebadged ke atas model-model Suzuki yang tidak pernah dijual di Malaysia.

Suzuki-Proton-MoU-mekanika (4)

“Suzuki sememangnya pakar dalam menghasilkan kenderaan berenjin kecil, terutama segmen A dan B yang pastinya melengkapkan pelan produk jangka panjang Proton.

“Kerjasama ini membolehkan semua pihak memanfaatkan kekuatan masing-masing. Hasilnya, kami dapat memaksimumkan potensi volum, mengurangkan masa produksi dan meneroka pasaran luar yang berpotensi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Suzuki-Proton-MoU-mekanika (1)

Kerjasama ini dilihat selari dengan Dasar Automotif Negara (DAN) kerana Proton sentiasa membangunkan produk yang memenuhi standard antarabangsa. Fasa pertama projek ini dijadualkan memulakan produksi dalam tempoh 16 bulan akan datang di kilang Proton di Tanjung Malim. Produk pertama hasil kerjasama ini dijangka berada di pasaran pada tahun 2016.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button