
YAMAHA LANCAR MT-07 CKD
Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) baru-baru ini memperkenalkan Yamaha MT-07 pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran tempatan.
Dikuasakan oleh enjin empat lejang dua silinder bersesaran 689cc bersama sistem pancitan bahan api, MT-07 merupakan motosikal CKD ketiga yang dipasang di kilang HLYM di Sungai Buloh selepas siri XJ (XJ6, XJ6 Diversion, XJ6 Diversion F) dan MT-09.
Jentera naked yang versatil ini direka untuk memberi keseronokan dan mampu milik kepada para pengguna. Dibina di atas kerangka yang ringan, lincah dan mudah dikendalikan, MT-07 juga sangat ekonomikal.
MT-07 CKD ditawarkan pada harga RM35,296 seunit (+ 6% GST, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat). Ia boleh didapati di pengedar Yamaha terpilih di seluruh negara mulai sekarang. MT-07 didatangkan dalam dua warna iaitu ungu dan kuning.