Buletin

PROTON X70 AKAN DIPERTONTONKAN KEPADA UMUM PADA KLIMS 2018

Selepas siri pratonton tertutup untuk tetamu jemputan dan media, Proton X70 akan membuat penampilan terbuka di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.

Sebanyak lima unit kereta akan dipamerkan dan pengunjung dijemput untuk melihat dengan lebih dekat SUV premium segmen C yang pertama dari sebuah jenama automotif Malaysia. Terdapat juga ruangan paparan khas untuk memperlihatkan aspek teknologi, keselamatan dan prestasi model tersebut.

BACA: PROTON X70 CATAT 5 BINTANG DALAM NCAP

“PROTON kini bersedia untuk memperkenalkan SUV kami kepada rakyat Malaysia. Pengunjung yang datang ke KLIMS akan diberi Kesempatan untuk melihat sepenuhnya kereta yang dipamerkan dan kami menjemput semua yang hadir untuk meneliti pelbagai aspek reka bentuk, teknologi, keselamatan dan prestasi Proton X70 dengan meluangkan masa di ruangan interaktif kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Terdapat banyak teknologi dan spesifikasi yang baharu bagi PROTON menerusi model ini, jadi kami ingin memastikan semua pelanggan dapat menghargai sepenuhnya model ini yang diharapkan dapat menjadi titik perubahan bagi Syarikat,” kata Abdul Rashid Musa.

KLIMS akan diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur mulai 23 November sehingga 2 Disember 2018. Proton X70 boleh dilihat di booth PROTON yang terletak di Tingkat 1, Dewan 1 dan di Booth 1007.

Google ads
Back to top button