" "
Buletin

PROTON X70 BERJAYA SKOR 5 BINTANG DALAM UJIAN KESELAMATAN ASEAN-NCAP

Model SUV pertama PROTON iaitu Proton X70 telah berjaya memperoleh pengiktirafan lima bintang selepas diuji melalui Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu di negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).


Maklumat mengenai ujian ASEAN NCAP terkini telah dikongsikan, menunjukkan model paling baharu PROTON antara model yang menduduki barisan tertinggi dalam segmennya bagi keselamatan penumpang.

Direka dan dihasilkan bagi menjamin keselamatan penumpang Dengan rekod prestasi yang terbukti sebagai pengeluar kereta-kereta yang telah mendapat pengiktirafan lima bintang oleh ASEAN NCAP – Proton Iriz, Proton Persona, Proton Preve dan Proton Suprima S semuanya dinilai sebagai lima bintang, barisan jurutera serta pereka bentuk PROTON memberi perhatian kepada setiap butiran untuk memastikan Proton X70 mendapat skor yang tinggi berdasarkan protokol ujian terkini bagi tahun 2017-2020. Berdasarkan protokol baharu itu, teknologi bantuan keselamatan kini diambil kira dan dinilai sebanyak 25% daripada skor keseluruhan.

PROTON memperkenalkan struktur badan Pembentukan Tekanan Panas atau Hot Press Forming (HPF), yang digunakan untuk membentuk kerangka kereta-kereta penumpangnya sejak tahun 2012. Dengan penggunaan teknologi yang sama menjadi salah satu sebab mengapa Proton X70 dapat memberikan tahap perlindungan yang tinggi kepada penggunanya.

BACA: LEBIH 10,000 PROTON X70 DITEMPAH

Dengan kerangka HPF dilengkapi dengan enam beg udara bagi semua varian, titik penahan tempat duduk kanak-kanak ISOFIX serta tali pinggang keledar dengan sistem penegang dan pengehad beban. Dengan menggabungkan unsur-unsur ini, Proton X70 telah menerima
skor yang sempurna untuk ujian kesan sampingan serta teknologi perlindungan kepala.

SUV ini juga merupakan model pertama PROTON yang dilengkapi dengan pelbagai ciri bantuan keselamatan. Brek Kecemasan Berautonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Amaran Tukaran Lorong (LDW) dan Sistem Amaran Titik Buta (BLIS) adalah sebahagian daripada sistem bantuan tambahan pemandu yang diperkenalkan pada model Proton X70.

Dengan adanya ciri-ciri ini, model SUV telah memperoleh skor yang tinggi untuk teknologi keselamatan.

“Terima kasih kepada usaha tekun pereka dan jurutera PROTON, Syarikat telah berjaya megembangkan reputasinya untuk menghasilkan kereta yang mampu melindungi pengguna sekiranya berlaku kemalangan. Selain dari sistem bantuan tambahan pemandu yang diperkenalkan pertama kali pada kereta Proton, Proton X70 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri kemudahan seperti arahan suara, Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC) dan kamera 360 untuk pengendalian pemanduan selamat di kawasan yang sempit,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.

GALERI

Google ads
Back to top button