" "
Buletin

JUALAN NAIK 20%. PROTON MULAKAN TAHUN 2020 DENGAN POSITIF

PROTON membuka tirai tahun ini dengan jualan yang kukuh, meneruskan prestasi cemerlang yang dicatatkan pada 2019. Syarikat merekodkan sebanyak 8,506 pendaftaran baharu, kenaikan sebanyak 20.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Jumlah itu juga menunjukkan pencapaian terbaik bagi bulan Januari dalam tempoh empat tahun. Pegangan pasaran turut memperlihatkan pertumbuhan di mana kedudukan PROTON kini meningkat sebanyak 4.9 peratus kepada 19 peratus berbanding tempoh sama tahun 2019.

Meskipun tempoh operasi bulan Januari adalah singkat disebabkan sambutan Tahun Baru Cina, PROTON tetap berjaya mencatat jualan seperti yang dijangkakan dan terus berada di tempat kedua. 

“Ini merupakan satu permulaan yang baik bagi tahun 2020 selepas mencatat prestasi cemerlang pada tahun 2019. Biasanya, Januari ialah bulan yang mencabar. Tetapi kami berjaya menunjukkan prestasi terbaik berbanding tempoh empat tahun,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr. Li Chunrong.

Proton X70 kekal sebagai peneraju segmen apabila mencatat pendaftaran baharu sebanyak 1,367 unit.

Saga terus menjadi tulang belakang PROTON dengan mencatat hampir separuh daripada jumlah jualan bulanan iaitu sebanyak 3,871 unit. Jumlah itu merupakan peningkatan 72 peraus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Persona, Iriz dan Exora juga menunjukkan prestasi yang baik. Persona catat jualan sebanyak 2,109 unit iaitu dua kali ganda berbanding 2019. Jumlah itu mewakili peningkatan 84% berbanding tempoh sama. Selain itu, jualan

Iriz berkembang hampir lima kali ganda, dengan 785 unit diserahkan kepada pelanggan, peningkatan sebanyak 465 peratus.

“Kini sudah jelas bahawa pelanggan akan memilih nilai lebih baik yang ada pada barisan produk kami

terutama Saga, Persona, Iriz dan Exora yang dilancarkan tahun lepas. Kami percaya bahawa fokus kepada teknologi, keselamatan dan kualiti menjadi pemacu pada kenaikan jualan ini,” kata Li. 

Google ads
Back to top button