Buletin

PROTON CATAT JUALAN 90,647 UNIT PADA 1H 2023. 2,225 UNIT X90 TERJUAL DALAM 86 HARI

Berikutan kejayaan enam bulan pertama tahun 2023, PROTON meneruskan peningkatan jualan meningkatnya pada Julai dengan 13,326 unit (domestik + eksport). Angka ini merupakan peningkatan sebanyak 16.1% berbanding Julai 2022 dan membantu meningkatkan jualan tahun sehingga kini (YTD) kepada 90,647 unit. 

Ia merupakan tempoh paling singkat untuk Proton melepasi 90,000 unit sejak 2012 dan penambahan 26.6% berbanding tahun sebelumnya.Pegangan pasaran pada Julai dijangka sekitar 20.5%, dengan pegangan pasaran YTD kini ialah 21%.

Pencapaian PROTON disumbang oleh peningkatan jualan automotif setelah jumlah volum industri (TIV) dianggarkan sebanyak 64,864 unit untuk Julai. Ini bersamaan dengan peningkatan 29.9% berbanding bulan yang sama pada tahun 2022 dan melonjakkan angka YTD sebanyak 12.9% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. 

Walaupun kurang daripada tiga bulan penuh sejak pelancarannya pada 7 Mei 2023, model ketiga dalam rangkaian SUV PROTON, Proton X90 dilihat berjaya menerajui jualan keseluruhan segmennya.  Julai menyaksikan jualan 886 unit yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 2,225 unit dalam masa 86 hari sahaja. Ini sekali gus  meletakkannya di tangga teratas berbanding pesaingnya.

Selain Proton X90, tiga lagi model Proton turut diiktiraf sebagai peneraju jualan YTD dalam segmen masing-masing.

Proton Persona mengalami peningkatan 107.1% dalam jumlah jualan bagi tahun 2023, yang melonjakkannya ke tangga teratas dalam jadual untuk jualan sedan segmen-B di Malaysia.

Dengan 1,953 unit terjual pada bulan Julai, nombor YTDnya kini berjumlah 14,533 unit dan berada di landasan untuk melebihi jumlah jualan tahun 2022 seawal akhir Ogos tahun ini.

Jualan Proton X50 pula bertambah sebanyak 2,630 unit menjadi 20,192 unit untuk membolehkannya kekal sebagai peneraju jualan untuk SUV segmen-B.

Proton Exora merupakan peneraju segmen keempat pada Julai dengan 374 unit, menjadikan jumlah jualannya mencapai 2,741 unit. Ini adalah peningkatan sebanyak 13.1% berbanding tahun sebelumnya dan menunjukkan masih terdapat permintaan yang sihat di kalangan pembeli kereta Malaysia bagi MPV tujuh tempat duduk itu. 

Proton Saga yang menyambut ulang tahun yang ke-38 pada 9 Julai dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penurunan ke atas popularitinya.

Dengan 5,926 unit dijual pada Julai, permintaan untuk tahun 2023 meningkat sebanyak 40.2%, yang meletakkan Saga sebagai kenderaan kedua paling popular di negara ini selama dua bulan berturut-turut dan membawa kepada jumlah jualan terkumpul sebanyak 39,251 unit.

Satu lagi Proton yang mengalami permintaan yang tinggi ialah Proton Iriz. Hatchback segmen-B yang menduduki tangga keempat dalam senarai jualan segmen telah menyaksikan peningkatan permintaan sebanyak 80.7% bagi tahun ini.

Dengan  676 unit terjual pada Julai, jumlah jualannya kini hanya 1,000 unit di belakang keseluruhan jualan bagi tahun lepas dengan 4,708 unit terjual setakat ini.

Proton X70 mencapai 881 unit terjual bagi bulan Julai, yang meletakkannya di tempat kedua keseluruhan dalam segmennya dengan 6,997 unit terjual setakat ini bagi tahun 2023.

Google ads
Back to top button