Buletin

HERE WE GO! – ALEX RINS RASMI SERTAI YAMAHA UNTUK SAINGAN MOTOGP 2024

Pemenang lima kali untuk Suzuki, Alex Rins, kini mencari angin baharu apabila menyertai Yamaha daripada LCR Honda bagi musim 2024.

Menurut laporan, Alex Rins menandatangani perjanjian selama dua musim termasuk mempunyai klausa perpindahan.

Seperti GSX-RR, Yamaha M1 menggunakan konfigurasi enjin sebaris dan bukannya susun atur V4 seperti jentera Honda, Ducati, KTM atau Aprilia.

“Kami gembira Alex menyertai barisan Yamaha, dan kami sangat mengalu-alukannya ke Yamaha MotoGP,” kata pengarah urusan Yamaha Racing, Lin Jarvis.

“Kami menjangkakan Alex menjadi aset hebat. Dia mempunyai pengalaman luas sebagai pelumba MotoGP dan dikenali dengan bakat semula jadinya di dalam litar.

“Dia juga mempunyai pengalaman dengan dua pengeluar MotoGP lain dan telah menunggang motosikal dengan ciri-ciri yang serupa YZR-M1, ia bakal membantunya untuk menyesuaikan diri lebih cepat.”

Secara keseluruhan, Yamaha bagaimanapun mempunyai banyak kerja perlu dilakukan, lebih-lebih lagi mereka kini berada di belakang Honda.

Untuk rekod, Quartararo dan Morbidelli masing-masing menduduki tempat kesembilan dan kesebelas dalam saingan kejuaraan.

Google ads
Back to top button