Buletin

PURATA 70% INFLATOR BEG UDARA SUDAH DITUKAR, KEBOLEHDAPATAN ALAT GANTI 100% SETAKAT OGOS 2017 – HONDA MALAYSIA

Honda Malaysia sememangnya aktif dalam usaha menggantikan inflator beg udara sejak tahun 2014 lagi. 

Hasilnya kini, peratusan penukaran untuk beg udara pemandu adalah 81.2 peratus. Manakala bagi beg uadar penumpang hadapan pula mencecah 59.5 peratus setakat Ogos 2017. Bagi memudahkan pelanggan membuat penukaran, Honda Malaysia memastikan stok inflator adalah 100 peratus.

Honda Malaysia juga terus komited dengan aktiviti penukaran menerusi hab-hab bergerak di stesen minyak Petronas dan pusat membeli-belah terpilih di seluruh negara. Ia dijalankan pada setiap hujung minggu sepanjang bulan ini.

Sila rujuk jadual di bawah untuk lokasi dan masa:

Inflator beg udara Takata itu mesti ditukar segera kerana ia berisiko mengeluarkan serpihan besi apabila diaktifkan. Justeru, ia boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kepada mangsa kemalangan.

Pelanggan yang terlibat diminta membuat temu janji dengan mana-mana pusat servis sah Honda dan jangan berlengah lagi. Penukaran di stesen Petronas dan pusat membeli-belah tidak memerlukan temu janji, anda hanya perlu pergi ke sana.

Pelanggan boleh memeriksa status kenderaan mereka di laman web: www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau hubungi talian tol percuma Honda: 1-800-88-2020.

Google ads
Back to top button