Buletin

PUSAT 3S C&C CHERAS DIBUKA SECARA RASMI

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) dan pengedar sah Cycle & Carriage Bintang Berhad (C&C) hari meraikan satu lagi pencapaian kerjasama mereka dengan pelancaran Mercedes-Benz Cycle & Carriage Bintang Cheras Autohaus (C&C Cheras).

Melibatkan pelaburan sebanyak RM16 juta, C&C Cheras merupakan sebahagian daripada pelaburan Carriage Bintang yang berjumlah RM155 juta di wilayah tengah Malaysia.

“Pelancaran Mercedes-Benz Cycle & Carriage Bintang Autohaus di Cheras menjadi  satu lagi bukti komitmen kami untuk memberikan kenderaan dan pengalaman terbaik kepada para pelanggan.

“Selari dengan usaha mengekalkan kedudukan kami dalam segmen premium melalui rekod jualan yang memberangsangkan, kami akan terus memastikan pelanggan menerima khidmat selepas jualan yang luar biasa,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr. Claus Weidner.

Dengan kawasan seluas 48,642 kaki persegi, C&C Cheras terdiri daripada ruang pameran yang mampu meletakkan 15 buah kenderaan dan tujuh tempat penyelenggaraan. Pusat 3S itu dikendalikan oleh 40 orang kakitangan berpengalaman dalam bidang jualan, servis teknikal dan alat ganti. Pusat 3S ini berupaya menyelenggara sehingga 300 buah kenderaan sebulan.

“Tahun lalu, kami menaik taraf C&C Petaling Jaya Autohaus dan memperkenalkan Mercedes-Benz City Store di TREC. Pelancaran C&C Cheras memang tepat pada masanya berikutan jenama Mercedes-Benz yang kian berkembang di kawasan selatan Lembah Klang,” kata Pengerusi Cycle & Carriage Bintang Berhad, Haslam Preeston.

Memenuhi sepenuhnya penanda aras autohaus global Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II), C&C Cheras tampil dengan Identiti Korporat Mercedes-Benz yang baru.

Bukan itu sahaja, C&C Cheras ada menawarkan Service Differentiation – satu menu servis yang boleh diubah suai mengikut kesesuaian pelanggan. C&C Cheras juga mengimplementasikan mobile retail – yang mengalihkan proses selepas jualan ke platform digital.

Bagi memberi keselesaan kepada pelanggan, C&C Cheras mempunyai sebuah lounge i-Showroom dengan skrin sentuh yang mesra pengguna. Ia membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat tentang produk dan proses jualan kenderaan terkini Mercedes-Benz dengan lebih mudah.

Ditubuhkan pada tahun 1899, Cycle & Carriage Bintang Berhad memulakan kerjasama dengan Mercedes-Benz pada 1951. Kini ia mempunyai cawangan di 12 lokasi di seluruh negara.

BACA: LELAKI RUSIA TUKAR MERCEDES-BENZ S-CLASS JADI UTE

BACA: SI KUDA BESI – MERCEDES-BENZ 190E (W201) 

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button