Buletin

PUSAT 3S SUBARU KUANTAN KINI DIBUKA DI TELUK SISEK

Pengedar kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn. Bhd. baru-baru ini melancarkan pusat 3S Subaru terkini di Kuantan, Pahang. 

Dioperasikan oleh Eastern Boxer Sdn Bhd., (Eastern Boxer) Subaru Kuantan terletak di 41, Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan. Ia merupakan kemudahan kedua Eastern Boxer selepas Subaru Kuala Terengganu. Pusat 3S tersebut memiliki keluasan 446 meter persegi. 

Ia memiliki kemudahan seperti ruang pameran, lounge, surau, pusat servis dan bengkel. Dengan dua ruang servis yang dikendalikan oleh juruteknik terlatih, Subaru Kuantan mampu menyelenggara sehingga 200 unit kenderaan sebulan. 

Pelanggan yang menghantar kenderaan di sana boleh pergi membeli-belah di East Coat Mall dan Kuantan City Mall yang terletak kurang 3km sahaja. 

Bagi memastikan keselamatan semua, pusat servis itu disanitasi dengan kerap. Pelanggan juga wajib memakai pelitup muka, mendaftar dan direkod suhu badan mereka.

Penanda di atas lantai pula berfungsi mengingatkan pelanggan supaya menjaga jarak sosial. Semua kenderaan yang dipandu uji juga disanitasi. 

Pusat 3S itu dibuka Isnin hingga Sabtu dari jam 8.30am-5.30pm. Pada Ahada dan cuti umum pula, ia dibuka dari jam 10am-5.30pm. Pusat servis pula dibuka dari jam 8.30am-5.30pm pada Isnin hingga Sabtu serta ditutup pada Ahada dan cuti umum. 

GALERI

Google ads
Back to top button