
PUSAT BYD KENDALIAN HARMONY AUTO KINI DIBUKA DI HARTAMAS
Harmony Auto, kumpulan pengedar kenderaan terkemuka dari China hari ini telah melancarkan Pusat BYD yang pertama di Hartamas Shopping Centre.
Dengan keluasan ruang sekitar 8,000 kaki persegi, Pusat BYD ini menyediakan pelbagai kemudahan yang diwujudkan untuk memperkaya pengalaman pelanggannya.
Ia terdiri daripada ruang pamer kenderaan yang cukup luas, ruang menunggu mewah untuk pelanggan, bilik rundingan khas serta ruang serahan kenderaan.
Untuk lebih selesa, ruang menyambut pelanggan bagi urusan lepas jualan — yang menggabungkan reka bentuk moden dengan proses servis khusus untuk setiap pelanggan — bersambung terus dari tempat letak kereta pusat beli-belah.


Terdapat enam tempat letak kereta turut tersedia di luar, dengan setiap satunya dilengkapi empat pengecas untuk dimanfaatkan oleh pemilik BYD.
Bukan itu sahaja, Pusat BYD Harmony Auto juga dilengkapi dengan Pusat Servis dan Alat Ganti yang akan siap pada suku ke-empat tahun ini.
Pengurus Besar BYD Asia-Pasifik, Liang Xinyue melancarkan premis berkenaan berkata, “Pembukaan Pusat BYD Hartamas di Hartamas Shopping Centre ini bukan sahaja membawa aura segar ke pasaran Malaysia, tetapi turut menyuntik momentum baharu dalam memperkenalkan mobiliti hijau di Malaysia.”


Tambah beliau, lokasi itu sesuai kerana ia menawarkan kemudahan membeli-belah produk BYD sekaligus urusan servis kereta pelanggan.
Sebagai peneraju global bagi kenderaan tenaga baharu, BYD berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian mobiliti hijau termaju di seluruh dunia.
Dengan sokongan dasar kerajaan yang menggalakkan, pasaran kenderaan tenaga baharu di Malaysia mempunyai potensi cukup besar.


Oleh itu, kerjasama dengan Harmony Auto akan membantu mempopularkan kenderaan tenaga baharu di Malaysia yang sejajar dengan matlamat negara untuk pengangkutan mapan.
Ketika ini, model BYD yang dijual di pasaran Malaysia ialah BYD Atto 3, BYD Dolphin dan BYD Seal.
Dengan pusat 3S beroperasi sepenuhnya, Pusat BYD ini akan menjadi pusat 3S pertama yang terletak di dalam pusat beli-belah.
Sempena perasmiannya, Harmony Auto turut menyerahkan 10 unit BYD kepada pelanggan terbaharunya sebagai memenuhi janji penghantaran kereta dalam tempoh segera.
- BACA: NISSAN ALMERA TURBO – SELAMBA CATAT PENGGUNAAN BAHAN API TERBAIK 28.61KM/L
- BACA: PLAT KHAS EV BAKAL DIMUKTAMADKAN – PENGGUNA EV BAHARU PERLU DAFTAR PLAT KHAS
- BACA: PEMANDU SINGAPURA KENA SELESAI SAMAN SEBELUM KELUAR MALAYSIA
- BACA: SIME DARBY MOTORS LANCAR DRIVECARE – PUSAT SERVIS SEHENTI BERBILANG FRANCAIS