
RASMI: HONDA CB350RS DILANCARKAN DI MALAYSIA – RM20,500
Tiga tahun selepas debut di India, Honda CB350RS akhirnya dilancarkan di Malaysia oleh Boon Siew Honda (BSH).

Bakal mencabar segmen motosikal retro 350cc di Malaysia yang ketika ini didominasi Royal Enfield 350, Honda CB350RS pastinya menawarkan persaingan sengit dengan harga jualan hanya RM20,500.
Atas kertas, CB350RS dikuasakan enjin satu silinder 348cc SOHC dengan sistem penyejukan udara yang mampu menjana 20.8hp pada 5,500rpm dan 30Nm pada 3,000rpm.

Honda CB350RS merupakan model unik kerana mengekalkan imej klasik yang sinonim dengan nama ‘CB’ sementara model CB lain tampil lebih moden kecuali CB1000R.
Sebagai model retro, CB350RS menawarkan pengalaman menunggang yang penuh gaya dan santai namun dengan tork yang cukup untuk merasai pecutan yang efisien.

Menerapkan teknologi PGM-Fi (Programmed Fuel Injection), CB350RS turut menawarkan penggunaan api yang cekap dan jimat (bergantung kepada senario menunggang).
Antara ciri lain ditawarkan termasuk Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang membantu mengekalkan cengkaman tayar belakang sekiranya berlaku gelinciran antara tayar depan dan belakang. Menariknya fungsi HSTC boleh dipadamkan menggunakan butang di sebelah kiri ‘handlebar’.

CB350RS ini turut dipadankan dengan:
- klac assist/slipper
- ABS dwi-saluran
- tayar 100/90-19 depan
- tayar 150/70-17 belakang
- meter digital analog
Menurut BSH, Honda CB350RS boleh didapati dalam dua pilihan warna; Mat Massive Gray Metallic dan Athletic Blue Metallic.
GALERI: HONDA CB350RS



















