Buletin

THAILAND PAMER BR-V

Honda Automobile (Thailand) Co. Ltd. pamer model BR-V di  Thailand International Motor Expo. Model berkenaan akan dilancarkan secara rasmi pada awal 2016.

honda-br-v- 2016-mekanika (2)

Pengeluar kereta dari Jepun itu menyifatkan model berkapasiti tujuh tempat duduk sebagai ‘Active Sport Crossover’. Ia disasarkan kepada pelanggan dalam segmen kompak dan sub-kompak.

Kemunculan BR-V pasti menyerlah kerana penampilan luaran yang lebih kukuh, sporty dan kelegaan tanah tinggi.

honda-br-v- 2016-mekanika (5)

Model BR-V dilengkapi enjin 1.5-liter SOHC, 4-silinder,  i-VTEC  yang berupaya menghasilkan kuasa  117hp @  6,000rpm dan tork 146Nm @ 4,700rpm.

Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada transmisi CVT yang dibangunkan di bawah  “Earth Dreams Technology” Honda. Ia bagi memastikan prestasi pemanduan dan penjimatan bahan api.

honda-br-v- 2016-mekanika (9)

Bahagian hadapan BR-V dipasang dengan lampu hadapan projektor bersama ciri LED. Lampu belakang dengan bentuk C turut dilengkapi LED. Bagi melengkapkan imej luaran itu, Honda menawarkan rim aloi 16 inci.

Untuk keselesaan, Honda menyediakan sistem pendingin hawa automatik dan corong udara untuk penumpang belakang. Langkah itu dapat mengagihkan aliran udara ke semua zon di dalam kabin.

honda-br-v- 2016-mekanika (8)

BR-V didatangkan dengan pakej keselamatan yang merangkumi dua beg udara SRS, Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Vehicle Stability Assist (VSA) dan Hill Start Assist (HAS).

Dari segi saiz, BR-V memiliki dimensi 4,456mm panjang,  lebar 1,735mm  dan tinggi 1,666mm. Ini menjadikan BR-V begitu hampir dengan model kompak  Subaru XV. Walaupun sedikit tinggi dan kurang lebar.

honda-br-v- 2016-mekanika (4)

Lebih menarik, pada pameran tersebut Honda Thailand turut memperkenalkan BR-V dengan kit badan Modulo.

Dalam perkembangan sama, Indonesia sudah terlebih dahulu melancarkan BR-V menerusi empat pilihan varian. Malah, pasaran Indonesia turut menerima transmisi manual enam kelajuan selain CVT.

honda-br-v- 2016-mekanika (6)

Empat varian tersebuat ialah Honda BR-V S 6MT, BR-V E CVT, BR-V E 6MT dan BR-V Prestige CVT.

Berdasarkan spesifikasi yang dikeluarkan oleh Honda Indonesia, BR-V dilengkapi suspensi topang MacPherson di hadapan dan H-Shape Torsion Beam di belakang.

honda-br-v- 2016-mekanika (3)

Bagi pelanggan yang memilih varian terendah iaitu BR-V S, mereka akan menerima sistem hiburan double DIN dengan sambungan radio, MP3, USB dan Aux. Tiga varian yang lain didatangkan dengan skrin sentuh 6.1 inci bersama  AM/FM, CD DVD, MP3/WMA, USB, HDMI serta Aux untuk sambungan iPod/iPhone dan Android. Manakala varian prestige menawarkan ciri tambahan iaitu teknologi nano.

Harga jualan bagi model Honda BR-V S 6MT ialah Rp.226.500.000 (RM70,215),  Honda BR-V E CVT Rp.246.500.000 (RM76,415), Honda BR-V E 6MT Rp.236.500.000 (RM73,315) dan Honda BR-V Prestige CVT Rp.261.500.000 (RM81,065).

Tonton video BR-V versi Indonesia di bawah. Enjoy!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button