Buletin

PUSAT SERVIS VOLKSWAGEN BEROPERASI PADA KAPASITI PENUH

Berikutan pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) baru-baru ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan bahawa semua pusat servisnya telah beroperasi pada kapasiti penuh.  

Mematuhi garis panduan yang ketat, pengedar Volkswagen di seluruh negara melaksanakan kempen’Safe Hands’ yang memberi keutamaan kepada keselamatan pelanggan dan kakitangannya.  

Langkah keselamatan lain yang turut dilakukan ialah sanitasi premis serta pemeriksaan suhu badan ke atas pelanggan dan kakitangan.

Prosedur operasi standard baharu ini melibatkan penyerahan kenderaan tanpa sentuhan, pemeriksaan video, sanitasi sebelum dan selepas baik pulih serta pembayaran tanpa tunai menerusi e-invois ketika kereta diambil.  

Beberapa pengedar terpilih juga menawarkan perkhidmatan ambil dan hantar kenderaan.

Servis hanya untuk pelanggan yang membuat temu janji sahaja. Mereka yang sudah membuat tempahan menerusi kempen Welcome Back akan diberi slot utama, bergantung kepada kekosongan.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button