
PENGGANTI FABIO QUARTARARO AKAN DIUMUM PADA JULAI/OGOS DEPAN
Ketua pasukan Petronas Yamaha Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali menyatakan pihaknya telah menetapkan Julai-Ogos sebagai deadline untuk menamakan pengganti pelumba Fabio Quartatari bagi musim MotoGP 2021.
Dengan Yamaha menjanjikan Valentino Rossi dengan satu tempat di pasukan satelit jika dia memilih untuk terus berlumba. The Doctor dijangka berlumba untuk satu musim lagi berikutan musim 2020 yang terganggu akibat penularan wabak COVID-19.
Namun, setakat ini masih belum ada perbincangan langsung dibuat di antara Rossi dan Petronas. Razlan sebelum ini menjelaskan bahawa beberapa orang pelumba mudah sedang dipertimbangkan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Kedua-dua tempat untuk pasukan SRT dilihat terbuka luas, walaupun Franco Morbidelli dilihat mempunyai peluang cerah untuk terus berada di sana, jika dia dapat mengekalkan prestasi sedia ada.
“Sejujurnya, kami sedang memantau beberapa orang pelumba. Ini termasukan Moto2, Xavi Vierge. Tetapi, dengan pelumbaan tidak dilangsungkan sekarang dan mungkin hanya 10 perlumbaan bakal dijalankan, sudah tentu nama Rossi timbul.
“Buat masa sekarang, kami masih belum tahu lalu. Kami akan melihat kepada semua opsyen yang ada. Saya fikir, menjelang Julai-Ogos, kami akan membuat keputusan dan memilih pengganti Fabio,” kata Razlan.
- BACA: INI SEBAB KENAPA PASUKAN PETRONAS SRT YAMAHA KEBERATAN NAK TERIMA ROSSI
- BACA: PETRONAS SRT & YAMAHA KUASAI PETAK DEPAN MOTOGP CATALUNYA
- BACA: YAMAHA Y15ZR EDISI PETRONAS SRT INI TAK DIJUAL. TAPI BOLEH DAPAT PERCUMA!
- BACA: FABIO QUARTARARO SAH SERTAI PASUKAN FACORY YAMAHA UNTUK MUSIM 2021-2022. KE MANA ROSSI?







