Buletin

QI + JAZZ HYBRID CKD

Pada awal Julai lalu, Mekanika Malaysia berpeluang menemuramah pelakon dan pengacara terkenal, Qi Razali. Ini bukan temuramah bertanyakan tentang gossip dunia hiburan, tetapi Ia tertumpu mengenai pengalaman Qi memandu sebuah Honda Jazz Hybrid CKD.   

Bertempat di Kidzania Premium Plaza Lounge, Damansara Utama, berikut adalah intipati temu ramah tersebut:

Pic_21 Qi Razali shares his driving experience with the media

Mekanika Malaysia (MM): Bagaimanakah perasan Qi selepas berpeluang memandu Honda Jazz Hybrid CKD buat pertama kali?

Qi: Sejujurnya, sebelum ini saya tidak begitu tahu tentang kelebihan kereta hibrid. Tetapi apabila berpeluang memandu Honda Jazz Hybrid CKD, barulah Qi faham bahawa kenderaan ini turut membantu menjaga alam sekitar walaupun ketika  memandu.

Pic_14 Qi Razali with the CKD Honda Jazz Hybrid

MM: Bagaimana Honda Jazz Hybrid CKD boleh membantu Qi menjaga alam sekitar?

Qi: Ia seperti satu permainan yang memberitahu kita memandu dengan cermat atau tidak. Apabila kita memandu dengan cermat dan prihatin terhadap alam sekitar, lampu di sekeliling meter laju akan menyala hijau. Jadi dengan semula jadi, kita akan mula ikut peraturannya untuk memandu dengan lebih baik. Ini tidak bererti kita perlu memandu dengan perlahan. Tetapi dengan cara yang betul.

Pic_10 Qi Razali loves the spaciousness of the CKD Honda Jazz Hybrid

MM: Adakah kenderaan hibrid ini banyak berbeza dengan kenderaan biasa dari aspek pemanduannya?

Qi: Tidak. Kuasa enjin dan kualiti pemanduannya sangat memuaskan. Qi faham bahawa banyak pengguna kereta beranggapan bahawa kereta hibrid tidak mampu menyaingi kenderaan berenjin konvensional. Ini tidak benar. Ia memang setanding dan lancar semasa memandu. Malah, ia mungkin lebih baik daripada kenderaan biasa dengan cirinya yang mesra alam. Ia juga mempunyai fungsi di mana enjin akan dimatikan secara automatik apabila kenderaan berhenti di lampu isyarat. Ini juga menjimatkan penggunaan bahan api dan secara tidak langsung menurunkan tahap pencemaran.

Pic_20 Qi Razali at the Honda Showroom in Kidzania

MM: Pada pendapat anda, pemandu bagaimana yang sesuai memandu memandu Honda Jazz Hybrid CKD?

Bagi saya, kereta ini sesuai untuk golongan muda atau pasangan muda yang baru berkeluarga. Ruang kabin dan gaya pemanduannya memang sesuai untuk golongan ini.

Pic_7 Qi Razali demonstrates and enjoys the spaciousness of the CKD Honda Jazz Hybrid

MM: Apa lagi yang Qi boleh beritahu kepada para pemandu tentang Honda Jazz Hybrid CKD ?

Qi: Pertamanya, Qi ingin menasihatkan supaya pemandu tidak menilai Jazz Hybrid ini tanpa memandu ujinya terlebih dahulu. Ia memang tidak sama dengan kereta biasa, namun pengalamannya lebih memuaskan. Jazz Hybrid juga sangat selesa dan sesuai untuk mereka yang ingin memandu bersama ahli keluarga serta rakan‐rakan mereka.

Pic_1 Qi Razali posing with the CKD Honda Jazz Hybrid

MM: Apakah pendapat rakan‐rakan Qi tentang kereta ini?

Qi: Rakan‐rakan saya memang suka dengan penampilan Jazz Hybrid, tetapi kebanyakan mereka juga mempunyai persepsi yang salah menngenainya terutama dari segi ruang dalaman dan kualiti pemanduannya. Tetapi, sekarang mereka sudah berubaha tanggapan tukar setelah memandu atau menaikinya sendiri.

Pic_8 Qi Razali demonstrates and enjoys the spaciousness of the CKD Honda Jazz Hybrid

MM: Adakah ruang kabinnya begitu menyerlah?

Ya. Walaupun dari luar ia nampak sempit, hakikatnya Jazz Hybrid CKD memang luas dan selesa untuk pemandu dan penumpang.

Pic_17 Qi Razali enjoys the simulator at the Honda Showroom in Kidzania

MM: Apakah pendapat Qi tentang usaha Honda untuk mendidik orang ramai dan kanak‐kanak tentang teknologi hibrid?

Usaha Honda untuk mendidik orang ramai, terutama kanak‐kanak memang bagus dan wajar dipuji. Honda mendidik kanak-kanak keselamatan jalan raya dan kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang cukup interaktif.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button