Buletin

PROTON TAWAR OPSYEN REBAT TUNAI

Sebagai respon kepada pengumuman kerajaan mengenai kadar sifar GST bermula pada 1 Jun 2018, PROTON menyatakan bahawa ia akan menawarkan baucar perkhidmatan kepada pelanggan.

Baucar itu yang mempunyai nilai yang sama dengan perbezaan harga sebelum dan selepas GST.

Kini, PROTON tampil dengan satu lagi tawaran di mana pelanggan boleh memilih antara baucar perkhidmatan atau rebat tunai yang mempunyai nilai sama.

Tawaran ini boleh digunapakai untuk semua kereta Proton yang dibeli dan didaftarkan dari 16 Mei hingga 31 Mei 2018. Ia merupakan tambahan ke atas promosi jualan yang lain.

“Semalam, PROTON mengumumkan satu inisiatif yang menawarkan faedah kepada pembeli kereta untuk membayar pada harga kadar sifar GST sebelum ia dikuatkuasakan.

“Hari ini, PROTON memberikan pelanggan pilihan untuk mereka menerima faedah ini, sama ada dalam bentuk baucar perkhidmatan atau rebat tunai.

“Jadi, tidak ada sebab untuk menunggu hingga 1 Jun 2018 untuk membeli Proton baharu kerana kami telah memberikan penjimatan yang lebih awal,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PROTON, Abdul Rashid Musa.

Google ads
Back to top button