Artikel Pilihan

HAVAL F7 – SUV TERBAHARU UNTUK PASARAN CHINA

Rasanya umum mengetahui jenama Haval ini sememangnya mengkhususkan pembinaan SUV dan Crossover dalam senarai katalog Jurujual mereka. Di tempat kita, pengedar utama, Go Auto Sales telah berjaya mempopularkan model H1 dan juga H2. Agak mudah juga untuk kita melihatkan kelibat dua buah model ini di jalanraya bandar-bandar utama.

BACA : HAVAL H2 CKD – RIM & WARNA BAHARU, HARGA BERMULA RM98,950

BACA : PREBIU SUV SAIZ GERGASI HAVAL H9 DI MAI AUTOSHOW

Dan sebagai pakar di dalam penghasilan SUV, syarikat yang ber-bin kan Great Wall Motors telah bersedia untuk melancarkan sebuah lagi model baharu mereka, Haval F7. Dah serupa nama model telefon pintar pula rasanya.

Model yang dibina baharu daripada model konsep Haval HB-02 yang mula dipertontonkan kepada umum sewaktu Beijing Auto Show 2016 yang lalu. Cukup masa, ahli terbaharu dalam keluarga Siri F pun diperkenalkan kepada umum. Sekali imbas, model F7 ini rekaannya terdapat unsur gabungan Eropah dan Timur. Sekali tengok, nampak macam boleh jual untuk pasaran global.

Cuma rekaan gril berbentuk heksagon itu kelihatan sedikit boring dan terlalu tipikal untuk gaya sebuah SUV. Cuma rekaan lampu utama yang ‘menyepet’ menggunakan LED dan ditambah dengan rekaan lampu kabus yang agak menyerlah dengan kemasan krom berjaya memberikan sedikit kelainan. Rekaan bampar yang sedikit berkotak serta ditambah dengan skidplate pula berjaya memberikan imej maskulin untuk F7 ini.

Rekaan lampu belakangnya juga tampil dengan imej yang serupa dengan lampu utama, menyepet serta menggunakan LED. Manakala padanan kemasan krom yang menghubungkan kedua lampu berjaya menyelamatkan rekaan belakang H7 ini daripada kelihatan kosong.

Dan Haval juga bertindak bijak dengan memadankan ‘tip ekzos berkembar’ supaya finishing kelihatan lebih kemas.Sekarang ini musim pembuat kereta nak letak berkembar. Baru balance agaknya.

Rekaan kabinnya menampilkan imej moden bagi sebuah SUV. Konsol tengahnya lebih bersifat ergonomik apabila sedikit menghala ke arah pemandu. Senang nak capai butang-butang canggih yang ada. Lain-lain sifat moden yang patut ada pada sebuah SUV meliputi Integrasi Telefon Pintar bersama Pemain Utama, bumbung kaca panorama, Blind Spot Monitoring, Front Collision Warning, serta dilengkapi enam beg udara sebagai ciri keselamatan. Nampak cukup canggih dan mewah, setanding dengan SUV keluaran Eropah.

Pilihan enjinnya pula diantara 1.5 liter Turbo dan juga 2.0 liter yang akan dipadankan pula dengan kotak gear 7 kelajuan. Bolehlah nak capai ke angka 197hp dengan tork 315Nm.

Harga yang ditawarkan untuk pengguna China pula adalah antara 130,000 Yuan (RM78,362) sehingga 160,000 Yuan (RM96,445). Dengan harga dan spesifikasi sedemikian rupa, tidak susah Haval F7 ini untuk mencari tuan baharu di China sana.

Kredit : China Car Forum

Google ads
Back to top button