Artikel Pilihan

LSEV SHANGDONG QILU FENGDE P8 : APA PASAL NAMA PELIK SANGAT NI?

Low Speed Electric Vehiche atau pun nama manjanya LSEV adalah sejenis kenderaan elektrik yang mempunyai kelajuan rendah. Takrifan rendahnya sekitar 70km/j (undang-undang China menyatakan had limit adalah 50km/j). Tak adalah rendah mana. Kalau langgar orang, tergolek dah tentu. Remuk belum pasti. Tapi yang pasti, LSEV di China ini semakin berkembang pesat. Mendapat permintaan dan perhatian yang cukup baik di sana.

BACA : PRESIDEN JOKOWI MENCUBA KERETA ELEKTRIK EZZY II

BACA : ZOTYE E200 – KERETA ELEKTRIK COMEL

Sekali imbas macam pernah nampak tengok kan. Iya, tidak salah mata yang memandang andai ada yang berkata apa pasal kereta ini kelihatan iras Bugatti Chiron. Dual warna yang digunapakai turut membuktikan bahawa pembuat ini sememangnya mengilhamkan daripada Chiron ini.

Ini adalah Shandong Qilu Fengde P8, sebuah kereta elektrik yang telah berjaya menyamar untuk menjadi sebuah kereta sukan super laju. Tapi yang ini tidak laju. Dan yang penting, harganya jauh lebihi murah, sekitar Yuan  31999 (RM19,952). Murah sangat kalau nak dibanding dengan harga Bugatti Chiron itu.

Cuma saiznya telah disumpahkan untuk mengecil sedikit berbanding saiz Chiron sebenar. Panjang P8 ini adalah 4100m, lebar 1800mm dan tingginya pula 1430mm.

Shandong Qilu Fengde P8 ini dijanakan kuasa elektrik bermotor 3.35hp dengan menggunakan bateri 72V. Walaupun mempunyai cut off sehingga 50km/j sahaja, namun dikhabarkan P8 ini mampu mencecah kelajuan sehingga 65km/j.

Namun bila dah laju, kuasa bateri pun cepatlah habis. Kalau pandu biasa-biasa, setakat nak dapat jarak perjalanan sehingga 150 km boleh lagilah. Cumanya tempoh mengecas penuh memerlukan sehingga 10 jam dengan bateri 220V.

Ruangan kabinnya pula tidaklah kelihatan ayam sangat bagi sebuah kereta elektrik murah keluaran China. Stereng sama tombol gear semua cukup. Siap lengkap dengan skrin sesentuh bersaiz 7 inci lagi kau. Baru feeling kereta sukan mahal.

Bagi menepati ciri sebuah kereta sukan, sudah tentulah ianya mempunyai dua tempat duduk sahaja. Cuma ada sedikit ruangan kecil lengkap dengan bangku yang boleh untuk mengisi anak kecil atau pun barangan keperluan.

Oh ya, ada satu perkara yang menarik tentang LSEV ini, untuk memandunya tidak memerlukan sebarang Lesen Memandu yang sah. Dan kenderaan ini tidak dibenarkan untuk dipandu di atas jalanraya utama bagi menjamin keselamatan. Sekadar untuk pandung kawasan kampung pergi pekan bolehlah. Atau pun bawa pusing-pusing keliling Tasik Titiwangsa, seronok bukan?

Kredit Foto : www.carnewschina.com

 

Google ads

B K

Back to top button